UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Objektif kajian ini memfokuskan tentang tradisi pengebumian kubur gantung dalam
kalangan masyarakat Melanau tradisional di Kampung Tellian, Mukah, Sarawak. Kajian ini merangkumi
asal-usul masyarakat Melanau, proses pengebumian tradisional, analisis fizikal dan
kesinambungan dengan kepercayaan Likow serta status social seseorang individu. Kajian ini
menggunakan pendekatan kaedah kualitatif dengan menekankan kaedah etnoarkeologi dengan membuat
kajian lapangan ke kawasan kajian iaitu di Kampung Tellian. Dengan kaedah tersebut, maklumat
mengenai tingkah laku dan sosiobudaya masyarakat Melanau dapat dikaitkan dengan kewujudan kubur
gantung di kampung tersebut. Rujukan ke perpustakaan tempatan seperti Pustaka Negeri Sarawak juga
dilakukan untuk menganalisis sumber-sumber sekunder yang berkaitan dengan kajian. Kaedah temu bual
juga dilakukan bersama- sama sejarawan tempatan di Kampung Tellian untuk mengesahkan kesahihan
maklumat sekunder yang telah dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kubur gantung merupakan
pengebumian yang dikhaskan untuk golongan bangsawan dan juga pertengahan yang kaya sahaja sebelum
dikebumikan di dalam jerunei. Hal ini membuktikan bahawa kubur gantung ini sememangnya merupakan
pengebumian primer masyarakat Melanau Likow. Kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
secara fizikal dari segi bentuk pembinaan kubur gantung golongan bangsawan dan golongan
pertengahan. Pengebumian kubur gantung telah berkurangan semenjak campur tangan penjajah
Inggeris bermula pada tahun 1860 apabila pengebumian jerunei dilarang untuk dipraktiskan.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa tradisi pengebumian ini sudah tidak diamalkan lagi
disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, kajian ini sangat penting untuk mengenali kewujudan
kubur gantung terutamanya dari segi ciri-ciri fizikalnya yang mampu mencerminkan taraf hidup dan
status social seseorang individu dalam masyarakat. Secara keseluruhannya, implikasi kajian
ini sangat penting khususnya kepada pihak Jabatan Warisan Negara dan Jabatan Muzium Malaysia dalam
usaha untuk mengekalkan dan menyebarluaskan pengetahuan berkaitan kubur gantung yang semakin pupus.
Di samping itu, kajian ini juga memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada masyarakat tempatan
mahupun luar negara dalam mengenali dan sekaligus
memahami tradisi pengebumian di Sarawak dan Melanau amnya.
|
References |
Abdul Rashid Abdullah & Jayl Langub. (2011). Seping secondary burial: Past practices and present day significance, Sarawak Museum Journal 68(90).
Appleton, A.L. (2004). Acts df integration, expressions of faith: Madness, death and ritual in Melanau ontology. Massey University.
Appleton, A.L. (2011). Melanau secondary treatment of the dead: Re-membering connections. Sarawak Museum Journal 68 (90).
Azizah Hamzah. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 6(1).
Babcock, T.G. (1974). Indigeneous ethnicity in Sarawak. Sarawak Museum Journal 22: 191-202.
Barker, G. (2008). Burial ritual of prehistoric forager-farmers in Borneo: The Neolithic cemeteries of Niah Cave, Sarawak. Sarawak Museum Journal.
Brooke, C. (1866). Ten years in Sarawak Vol 1. Tinsley Brothers, 118, Catherine St., Strands.
Buck, W.S. (1933). Notes on Oya Milanos. Sarawak Museum Journal Vol IV.
Chia, S. (2014). ‘Pengebumian keranda kayu balak di Kinabatangan, Sabah’. Universiti Sains Malaysia Press.
Chin, L. (1988). Trade objects: Their impact on the cultures of the indigenous peoples of Sarawak. Borneo Expedition Vol.30, No.1.
Clayre, I.F.C.S. (1970). The spelling of Melanau (Nee Milano). Sarawak Museum Journal 18 (36-37): 330-352.
Clayre, I.F.C.S. (1971). The house of Ipu corner and related Melanau matters. Sarawak Gazette 117(1366).
Clayre, I.F.C.S (1971b). A Milano is a Melanau by any other name. Sarawak Gazette 117(1358).
Douglass, M. (1965). Socio-economic aspects of secondary burial. OCEANIA 35(3). Durkheim, E. (1965). The elementary forms of religious life. New York: Free Press. Dzulfa n. (2006). Upacara kematian Melanau Likow di Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak.
Hanapi Abdullah dan Mohd Rizal Mohd Yaakup. (2003). Melanau dalam politik Sarawak: Tradisionalisme dan pilihan raya. JEBAT 30.
Harrisson, T. (1960). Stone age ships of death: World’s oldest boat coffins found in Sarawak caverns reveal ancient culture. Life, January 11 1960.
Harrisson, B. (1964). Malaysian Borneo. Asian Perspective.
Harrisson, T. & Harrisson, B. (1969). The prehistory of Sabah. Sabah Society Journal 4.
Harrisson, T. (1974). Early ‘jar burials’ in Borneo and elsewhere, Asian Perspectives XVII (2).
Harrisson, T. (1975). Early dates for ‘Seated’ burial matting at Niah Caves, Sarawak Borneo, Asian Perspectives Vol 18, No 2.
Hau, T.C. (2014). Proses pereputan dan perubahan pasca kematian: Ulasan. Sains Malaysiana 43(12) (2014): 1873 - 1882.
Hose, C. & McDougall, W. (1912). The Pagan tribes of Borneo, Vol I. London: Macmillan & CO. Ltd. St. Martin’s Street.
Hudson, A.B. (1966). Death ceremonies of the Padju Epat Ma’anyan Dayaks, Sarawak Museum Journal. Hudson, A.B. (1983). Padju Epat: The Ma’anyan of Indonesia Borneo. Irvington. Jamuh, G. (1965). Jerunei and the slave lament. Dlm M.G Dickson. A SarawakAnthology. London: University of London Press.
Jeniri Amir. (1988). The Melanau community. Kuching: See Hua Daily.
Kaboy, T & Moore, E. (1967). Ceramics and their uses among the coastal Melanau, The Sarawak Museum Journal Vol XV.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28 - 29 Mac 2012. Organized by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta’zim. Hlm 3.
Keppel, H. (1896). The expedition to Borneo of H.M.S Dido 1843-1846. Historische Schiffahrt.
King, V.T. (1974). Maloh social structure. Sarawak Museum Journal 22(43).
King, V.T. (1976). Cursing, special death and spirits in Embaloh society. Sarawak Museum Journal.
King, V.T. (1985). Symbolism and material culture. Leiden. Leach, E. R. (1976). Culture and communication. Cambridge: Cambridge University Press.
LeBar, F.M. (1970). Ethnic groups of Insular Southeast Asia. New Haven: Human Relations Area Files Press.
Lee, Y. L. (1970). Population and settlement in Sarawak. Asia Pacific Press Pte. Ltd., Singapore.
Lloyd-Smith, L. (2012). Early Holocene burial practice at Niah Cave, Sarawak. Journal of Indo-Pacific Archaeology 32(2012).
Low, H. & Brooke, J. (1848). Sarawak: Its inhabitant and productions. Richard Bentley, New Burlington Street.
M. Kassim. (1994). Crop that changed an entire community. Wajah Melanau (Sarawak).
Metcalf, P. (1982). A Borneo journey into death: Berawan eschatology from its ritual, Philadelphia: University Of Pennsylvania.
Morris, S. (1953). A report on a Melanau sago producing community in Sarawak. London: H.M Stationery Office.
Morris, S. (1979). The coastal Melanau. Dalam Victor T.K. Essays On Borneo Societies 37-58. London: Oxford University Press.
Morris, S. (1981). The Melanau View of Their Environment. Sarawak Museum Journal 29(50).
Morris, S. (1991). The Oya Melanau, Kuching: Malaysian Historical Society (Sarawak Branch).
Morris, S. (1997). The Oya Melanau: Traditional ritual and belief with a catalogue of ‘belum’ carvings. Sarawak Museum Jornal Vol LII.
Munan, H. (1998). Melanau bead culture: A vanishing world. BEADS: Journal of the Society of Bead Researchers 10: 19-33.
Newington, P.C.B. Melanau memories. The Sarawak Museum Journal. No 17-18 (New Series). Vol X.
Noakes, J.L. (1949). The forgotten land. Sarawak Gazette Vol LXXV, No 1094. O’Boyle, D. (2014). The Berawans. The Borneo Rainforest.
271 Roth, H.L. (1896). Natives of Sarawak and British North Borneo, Vol I. Truslove & Hanson, 143 Oxfort Street & 6 Sloane Street. Rubenstein, C. (1973). Poems of indegeneous people of Sarawak: Some of the songs and chants, Sarawak Museum Journal 21 (42).
Scharer, H. (1963). Ngadju religion: The conception of God among a South Borneo people. The Hague: Nijhoff.
Szabo, K., Piper, P., & Barker, G. (2008). Sailing between worlds: The symbolisms of death in northwest Borneo, in Geoffry Clark, Foss Leach & Sue O’Connor (ed.), Island of inquiry Colonisation seafaring and the archaeology of maritim landscapes (Terra Australis 29), Australia National University ePress, Canberra pp. 149-170.
Tan, N. H. (2014). Rock art research in Southeast Asia: A synthesis. The Australian National University, Canberra.
Turner, V. (1967). The forest of symbols. New York: Cornell University Press.
Une Bedui. (1981). Komuniti Melanau Kampung Rejang, Kampung Jerijeh, Kampung Belawai: Satu kajian etnografi secara umum. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yasir Abdul Rahman. (1987). Melanau Mukah: Satu kajian budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yunus Sauman. (2015). ‘Tradisi pengebumian keranda kayu balak di Sabah dari perspektif etnoarkeologi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yunus Sauman, et. al. (2015). Arkeologi sejarah dan budaya di Alam Melayu: Taburan pengebumian keranda kayu balak di Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |