UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :research_report
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norwaliza Abdul Wahab
Title :Membina dan menilai modul bacaan LIKES bagi meningkatkan kemahiran membaca murid Orang Asli
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah modul khusus bagi meningkatkan kemahiran membaca murid Orang Asli dan menilai keberkesanan modul. Pembinaan modul adalah berdasarkan kepada model ADDIE melalui lima peringkat.iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Kajian ini menggunakan dua jenis pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah dilaksanakan dalam kajian ini manakala pendekatan kualitatif berlaku melalui temu bual dan senarai semak pemerhatian murid dalam bilik darjah. Kajian ini melibatkan 10 orang murid Orang Asli dari 3 buah sekolah Orang Asli. Setiap sekolah ditetapkan masing-masing lima orang murid dalam kumpulan kawalan dan lima orang murid dalam kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan ialah ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca, senarai semak pemerhatian murid dan borang maklum balas guru. Analisis kajian juga mendapati bahawa terdapat peningkatan pada keputusan ujian pasca ketiga-tiga kumpulan rawatan dan kawalan, dengan kumpulan rawatan memperoleh peningkatan yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan kawalan. Hasil dapatan pemerhatian menunjukkan terdapat perubahan positif terhadap kemahiran membaca dan tingkah laku murid Orang Asli. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan penggunaan Modul LIKES dapat meningkatkan kemahiran membaca murid Orang Asli di samping memberi perubahan positif kepada tingkah laku dan minat membaca mereka.

References

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu muridmurid

sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 12.

 

Azizi Ahmad (2010). Pentaskiran pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur:

 

Kementerian Pelajaran Malaysia, (2008).Garis panduan Pelaksanaan Program Pemulihan

Khas 2008 (EdisiPercubaan).Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kuala Lumpur

 

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013

2020. Kuala Lumpur.

 

LaporanPelanInduk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.KementerianPendidikan

Malaysia.

 

Nazariyah Sani.(2014). Merapatkanjurangliterasi murid-murid Orang Asli: Apakah

cabarannya? JurnalPersonaliaPelajar 17:19-30


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.