UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian dilakukan untuk membina dan menilai Kit Pintar STEM Unit Metrik (KSUM) sekolah
rendah. Penyelidikan pembangunan dengan pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini.
Pensampelan rawak berkelompok digunakan untuk memilih masing-masing 36 orang murid
kumpulan rawatan dan kawalan. Manakala seramai 98 murid terlibat dalam memberi respon
terhadap KSUM yang dipilih daripada 15 buah sekolah dalam daerah Kinta Utara Perak. Model
ASSURE digunakan dalam pembinaan KSUM. Bagi tujuan penilaian kepraktikalan dan
keberkesanan KSUM, instrumen penilaian dibina dan diuji kesahan dan kebolehpercayaan oleh
pakar dalam bidang STEM. Kajian yang dilakukan berjaya membina KSUM berdasarkan model
ASSURE. Dapatan kajian menunjukkan instrumen penilaian KSUM memenuhi kriteria kesahan
dan kebolehpercayaan. Dalam konteks keberkesanan KSUM, pencapaian matematik murid
kumpulan rawatan adalah lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Kajian juga berjaya
menerangkan hubungan secara serentak berdasarkan Model Persamaan Berstruktur (MPB) antara
konstruk yang dikaji. Kesimpulannya, penggunaan KSUM dalam PdPc matematik dapat
meningkatkan keupayaan penguasaan penaakulan, perkaitan dan penyelesaian masalah dan
pencapaian matematik murid. Implikasinya, KSUM yang dibina dapat digunakan dalam proses
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Unit Metrik bagi meningkatkan pencapaian matematik dan
amalan kemahiran proses matematik sekolah rendah. |
References |
Fornell, C., & Larcker, D. F. (1981). Evaluating Structural Equation Models with Unobservable Variables and Measurement Error. Journal of Marketing Research, 18(1), 39-50.
Hair, J. F., Hult, G. T. M., Ringle, C. M., & Sarstedt, M. (2014). A Primer on Partial Least Squares Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Thousand Oaks, CA: SAGE Publications.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J., & Smaldino, S. (1999). Instructional Media and Technologies for Learning. Upper Saddle River. NJ: Mcrrill. Prentice Hall.
Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1), 59-74.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Mohd Musa Mahidi (2011). Pembangunan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan E-Peta Minda Bertajuk “The Reactivity Series of Metals and Its Applications” untuk Kimia Tingkatan Lima (Tesis Sarjana Tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Mohd Amin Mohd Noh, Mohd Faeez Ilias, Kalthom Husain, Muhammad Syakir Sulaiman, & Murihah Abdullah (2016). Inisiatif dan Usaha Guru dalam Meningkatkan Pengetahuan Semasa Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Journal of Social Sciences and Humanities, 3, 133-144.
Mohd Faeez Ilias, & Kamarul Azmi Jasmi (2011). Faktor Serta Pendorong yang Mempengaruhi Kepenggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Guru-Guru Pendidikan Islam. Seminar Islam Nusantara Peringkat ASEAN. Pulau Langkawi, 25-27 Oktober 2011.
Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi, & Muhammad Azhar Zailaini (2016). Akhlak Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Akademika, 86(2), 31-42.
Tan Choon Keong, & Carol Abu (2013). Pengaplikasian Video Youtube: Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains Sosial. Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi. Universiti Malaysia Sabah, 29-30 Ogos 2013. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |