UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :research_report
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Hanifah Mahat
Additional Authors :Nasir Nayan
Yazid Saleh
Mohmadisa Hashim
Title :Pembinaan model kompetensi profesionalisme dan Pedagogi guru Geografi pra universiti
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji kompetensi profesionalisme guru dalam kurikulum geografi pra universiti tingkatan enam di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan mix method iaitu bagi kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik yang melibatkan 200 orang guru geografi seluruh Malaysia yang dipecahkan kepada lima zon; Zon Utara, Zon Tengah, Zon Pantai Timur, Zon Selatan dan Zon Malaysia Timur yang dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Manakala kaedah kualitatif adalah dengan menggunakan teknik pemerhatian dengan melibatkan responden yang terdiri daripada tiga orang guru yang mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar mata pelajaran Geografi Tingkatan Enam dan bertugas di sekitar daerah Batang Padang, Perak dan daerah Hulu Selangor, Malaysia. Konstruk yang dinilai adalah pengetahuan profesionalisme, pengetahuan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi, sikap dan nilai profesionalisme keguruan guru yang diubahsuai daripada Rubrik Tahap Kualiti (TK) Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Hasil kajian menunjukkan kesemua konstruk kompetensi profesionalisme dan pedagogi adalah berada pada tahap tinggi walau bagaimanapun pemerhatian menunjukkan skor setiap guru adalah berbeza iaitu antara skor tiga dan empat bagi pengetahuan profesionalisme, pengetahuan kandungan subjek, pengetahuan pedagogi kandungan, pengetahuan teknologi pedagogi, sikap dan nilai profesionalisme keguruan guru. Seterusnya bagi perbezaan kompentensi guru geografi mengikut pengalaman mengajar iaitu bagi kurang 5 tahun, 6 hingga 10 tahun, 11 hingga 15 tahun, 16 hingga 20 tahun, 21 hingga 25 tahun, 26 hingga 30 tahun dan lebih daripada 31 tahun menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara bagi setiap konstruk kajian. Model struktural kompentensi guru geografi pra universiti pula menunjukkan model yang terjana adalah menepati fit indices yang ditetapkan iaitu bagi GFI=.924, CFI=.972 dan TLI=.965. Kesimpulannya, didapati tahap konstruk kompetensi guru pra universiti adalah berada pada tahap selesa dan boleh dibanggakan namun aspek pengetahuan profesionalisme perguruan dan nilai profesionalisme keguruan perlu dipertingkatkan dalam mencapai kompetensi profesionalisme dan pedagogi guru Geografi Tingkatan Enam di Malaysia yang ideal.

References

Carrarciao,C & Englander, R (2004). Understanding Competency-base Education. London:

Routlegde Inc.

 

Karademir, N. (2016). Competency level of geography students of the faculty of arts and

science. Educational Research and Reviews, 11(6), 307–317.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia. (Bahagian Pendidikan

Guru, Ed.). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

Mohammed Sani,I., Ahmad Zabidi, A.R. & Husaina Banu, K. (2015). Strategi Implementasi

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

 

Saedah, S. & Mohammed Sani, I. (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia. Kertas Kerja

Ini Telah Dibentangkan Dalam Seminar/ …, 1–13. Retrieved from

http://scholar.google.com/scholar?hl=en&btnG=Search&q=intitle:Pengajaran+Kemahiran

+Berfikir+Aras+Tinggi+:+Kesediaan+Guru+Mengendalikan+Proses+Pengajaran+Pembel

ajaran#0\nhttp://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/html/159.htm

 

Sahin, A. E. (2004). Determination of teacher competencies, Bilim Ve Aklin Aydinliginda

Egitim Dergisi, 58, 79-84.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.