UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :P Philology. Linguistics
Main Author :Mariyati Mohd Nor
Title :Perbandingan bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol dengan bahasa Melayu dalam penulisan pelajar IPTA
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan aspek persamaan dan perbezaan pembentukan kata adjektif antara bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing yang dipelajari di Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dengan bahasa Melayu iaitu bahasa Ibunda pelajar. Aspek pembentukan kata adjektif merupakan salah satu faktor penting yang mempengaruhi proses pembelajaran bahasa Sepanyol dan mesti dikuasai dengan baik oleh pelajar. Bentuk kata adjektif yang pelbagai memberi masalah dan mengelirukan pelajar dan kesilapan sering berlaku dalam aktiviti penulisan karangan pelajar. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti pembentukan kata adjektif bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu, menganalisis persamaan dan perbezaan dalam aspek pembentukan kata adjektif antara bahasa Sepanyol dengan bahasa Melayu, menganalisis penggunaan bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol dalam karangan pelajar Melayu serta merumuskan jenis-jenis kesilapan penggunaan kata adjektif dalam penulisan karangan pelajar Melayu di UPS!. Untuk mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan Teori Analisis Kontrastif oleh Robert Lado (1957) dan model struktural untuk menganalisis data.Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang pelajar Melayu di UPSI yang mempelajari bahasa Sepanyol pada tahap satu iaitu tahap yang paling asas, Hasil kajian mendapati bahawa persamaan yang wujud antara bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pelajar dapat membina ayat dengan betul dan tepat Sedangkan perbezaan pula mendatangkan kesulitan dan menjadi penghalang kepada pelajar.Selain itu pelajar membuat kesilapan disebabkan wujud bentuk kata adjektif bahasa Sepanyol yang tiada dalam bahasa ibunda pelajar. Pengaruh bahasa ibunda dan bahasa kedua juga menjadi punca kesilapan dilakukan. Secara kesimpulannya, diharapkan kajian ini menjadi satu usaha bagi membantu meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.