UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pada dasarnya, penyakit mental Obsessive Compulsive Disorder yang
seterusnya disebut OCD merupakan penyakit yang membimbangkan bukan sahaja
di Malaysia, malah dunia. Sehingga kini, apabila isu masalah mental dibangkitkan,
masih ada individu yang tidak mahu memahami keadaan sebenar pesakit mental,
malah lebih memilih untuk bertanggapan negatif terhadap mereka. Masyarakat
berperanan mengurangkan pandangan negatif terhadap penghidap OCD. Tentu
sahaja dalam perkara ini juga termasuk bidang teater.
Mini eksperimentasi teater ini dijalankan berdasarkan konsep teater dua
dunia Peter Brook yang digabungkan dengan pengaplikasian teori interaksi
simbolik Herbert Mead. Pengumpulan data dijalankan dengan kaedah kualitatif.
Adapun data penyelidikan diperoleh melalui temu bual dan perlaksanaan bengkel
berteraskan mini eksperimentasi teater yang diteruskan dengan persembahan mini.
Oleh itu, dapatan penyelidikan ini seperti berikut: (1). Pelbagai bentuk atau genre
teater boleh digunakan dalam menjalankan eksperimentasi teater bersama
masyarakat dan pesakit OCD, seperti teater fizikal, playback, surealisme dan
realisme. (2). Genre teater tersebut semakin membantu masyarakat mengenal pasti
tanda-tanda awal penyakit mental OCD. (3). Teater eksperimental juga boleh
digunakan untuk membantu mengubah pandangan masyarakat terhadap penyakit
mental OCD dan juga memberi kesan positif pesakit OCD dalam masyarakat. |
References |
Abramowitz, J. S., McKay, D. & Taylor, S. (2008). Clinical Handbook of Obsessive-Compulsive Disorder and Related Problems. Maryland, Amerika Syarikat: JHU Press.
Colley, A. (2010). Silent Rituals of the Mind: Living with OCD. London, United Kingdom: Chipmunkapublishing Ltd.
Espaillat, J. (2012). OCD Today. North Carolina: Amerika Syarikat: Lulu Press.
Giddens, S. (2008). Obsessive-Compulsive Disorder. New York, NY: The Rosen Publishing Group.
Hyman, B. M. & Pedrick, C. (2011). Obsessive-Compulsive Disorder. Minnesota, Amerika Syarikat: Twenty-First Century Books.
Najmuddin, H. (2007). Psikologi Ketenangan Hati. Kuala Lumpur, Malaysia: PTS Millennia.
Rachman, S. & de Silva, P. (2009). Obsessive-Compulsive Disorder. Oxford, New York: Oxford University Press.
Tompkins, M. A. (2012). OCD: A Guide for the Newly Diagnosed. Oakland, California: New Harbinger Publications. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |