UPSI Digital Repository (UDRep)

Identiti teater indie Malaysia dalam perkembangan pentas drama Melayu

AVAILABLE Research Report 1198 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Identiti teater indie Malaysia dalam perkembangan pentas drama Melayu
Type
Research Report
Main Author
Syarul Azlina Sikandar
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2018
Degree Type
Others
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Perkembangan teater memainkan peranan yang penting dalam memperkasa industri seni kreatif di Malaysia seiring dengan kemajuan teknologi. Laporan Dasar Industri Kreatif Negara menyatakan usaha dan komitmen dalam memperhebat dan merakyatkan industri kreatif perlu dipertingkatkan. Justeru, permasalahan kajian terhadap bagaimanakah terbentuknya identiti teater indie Malaysia dalam perkembangan pentas drama Melayu wajar dijalankan untuk membawa profesional, ahli akademik, pengamal teater dan pelajar dalam memperkasa perkembangan industri kreatif. Identiti teater indie Malaysia dalam perkembangan pentas drama Melayu mula terbentuk setelah fungsi pentas Istana Budaya telah memberi tamparan hebat bagi pengamal teater baru untuk aktif dalam kegiatan mementaskan teater. Mereka terpaksa mencari ruang baru untuk meneruskan pementasan dengan berskala kecil untuk mementaskan teater. Justeru adakah perkembangan teater berskala kecil Ini secara tidak langsung telah membuka perspektif baru terhadap mengkonsepsikan bentuk dan isi sebagai identiti persembahan teater indie ? Di dalam penyelidikan ini, pengkaji memilih dua objektif utama iaitu pertama kajian ini akan menghuraikan unsur bentuk (form) sebagai identiti teater indie Malaysia di dalam perkembangan drama Melayu. Keduanya, kajian ini akan menganalisis unsur isi (content) yang membina identiti teater indie. Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan methodologi kajian lapangan dengan memilih dua sampel untuk dijadikan sebagai bahan utama kajian ini iaitu teater Juta-Juta arahan Fasyali Fadzli, Asrama Ra All Star arahan Khairunazwan. Di samping itu, pengkaji menemubual empat informen iaitu Fasyali Fadzly, Khairunazwan Rodzy, Yusuf Bakar dan tokoh akademik Abdul Rahman Hanafiah (Mana Sikana) yang merupakan pengamal dan tokoh akademik dalam teater berskala kecil. Hasil kajian mendapati identiti indie dalam perkembangan pentas drama Melayu berasaskan bentuk adalah dari unsur pentas kecil, bajet, pengurusan, logistik, pelakon yang minimal. Dari aspek isi pula, kajian membuktikan bahawa unsur-unsur kandungan isi yang minimalis seperti naskah, tema, konsep, isu persoalan, watak dan perwatakan, latar, bahasa, muzik dan unsur kekaguman mempamerkan identiti teater indie Melayu di Malaysia khususnya. Justeru kajian ini berjaya membuktikan bahawa faktor bentuk dan isi merupakan identiti bagi pementasan teater indie dalam perkembangan pentas drama Melayu. Implikasi dari kajian ini sangat penting kerana ianya akan memberikan panduan pengetahuan dan peluang untuk membina inovasi baru dalam bidang teater di samping menambahkan lagi bahan rujukan dalam perkembangan pentas drama Melayu pascamoden serta dapat memartabatkan industri kreatif khususnya produksi teater indie sejajar dengan melahirkan pengamal seni yang cemerlang sebagaimana yang digarap dalam dasar industri kreatif negara.

References

Asri, A. (2016, 21 Mei). Karya indie bukan main-main. Retrieved from Utusan Online:

http://www.utusan.com.my/pendidikan/sastera/karya-indie-bukan-main-main-1.332800

 

B. Coy. (1990). The significance of the little theatre movement in sydney with particular reference

to the independent theatre , Sydney; University of New South Wales.

 

Colhoun, C.(1994). Social theory and the polities of identity. Cambriage : Blackwell.

 

Embung A.R.(1999). Identiti dan pembentukan identiti. Jurnal Sains Kemasyarakatan dan

Kemanusiaan . Keluaran Khas (55).

 

Hamzah, A. W.(2009). Stor Teater DBP Pemangkin Dramatis Muda. Retrieved from Utusan

online: www.utusan.com.my/hiburan/stor-teater-dbp-pemangkin-dramatis-muda-1.230752.

 

Harper.P.B.(1994). Alliance of independent authos (ALKLi) FAQ : about self publishing& indie

authors , alliance indpendent.com.my.

 

Hense.A. (2017). Independent theatre in contemporary Europe, German; Trancript Verlag,

Bielefield.

 

Husin, F.(2007). Teater eksperimental melayu : satu penyelidikan bentuk dan struktur teks

dramatik. Pulau Pinang; Universiti Sains Malaysia.

 

Kamus Dewan Bahasa, Edisi keempat. (2001). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

Micheal Z. Newman.(2009). Indie culture: in pursuit of the authentic autonomous alternative.

Austin;University of Texas Press.

 

Musa. S.F, Effindie Samsuddin. E.(2018). Konsep minimalis dalam aspek sinografi teater alternatif

melayu di stor teater DBP; Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Budaya.

 

Omar A., Amir M. , Humairah. F.(2019). Drama dan teater dalam pendidikan, Perak;Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

 

Sikana.M.(2017). Di atas pentas drama melayu pascamoden, Kuala Lumpur;Institut Terjemahan

dan Buku Malaysia Berhad.

 

Yde, Matthew.(2016).Independent theater movement,United Kingdom; Informa UK limited.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.