UPSI Digital Repository (UDRep)

Impak Pengajian Kenegaraan terhadap penyertaan mahasiswa dalam politik:kajian kes di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

AVAILABLE Research Report 1060 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Impak Pengajian Kenegaraan terhadap penyertaan mahasiswa dalam politik:kajian kes di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Type
Research Report
Main Author
Norhafiza Mohd Hed
Additional Authors
  • Nafisah Ilhan Hussin
  • Norazlan Hadi Yaacob
  • Siti Noranizahhafizah Boyman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Year of publication
2018
Degree Type
Others
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Artikel ini mengkaji impak kursus Pengajian Kenegaraan terhadap penglibatan politik belia khususnya mahasiswa. Perbincangan ini penting untuk menganalisis sama ada kursus ini memberi impak terhadap pengetahuan politik, tingkah laku politik dan penglibatan politik belia dengan andaian bahawa belia yang telah mengikuti kursus ini mempunyai tahap penglibatan politik yang tinggi berbanding dengan belia yang belum mengikutinya. Dengan menggunakan kaedah campuran iaitu gabungan antara instrumen soal selidik dan temu bual bersemuka, dapatan kajian menunjukkan bahawa mahasiswa yang mengikuti kursus Kenegaraan di UPSI mempunyai tahap pengetahuan, dan nilai-nilai politik yang tinggi berbanding dengan mahasiswa yang belum mengambil kursus ini. Walaupun kursus ini tidak memberi impak yang besar ke atas penglibatan mahasiswa dalam politik, namun mahasiswa yang telah mengambil kursus ini dilihat lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat dan menandatangani petisyen. Oleh itu, secara keseluruhannya, kursus Pengajian Kenegaraan ini sangat relevan kepada mahasiswa, namun penambahbaikan dari sudut isi kandungan, strategi pengajaran dan pembelajaran adalah diperlukan bagi membentuk warganegara yang cakna politik dan lebih demokratik.

References

Campbell, D. E. (2000). Social capital and service learning. Political Science and Politics, 33

(3), 641-645.

 

Institut Penyelidikan Pembangunan Malaysia (IYRES). (2017). Penilaian outcome indeks

belia Malaysia 2016. Putrajaya: IYRES.

 

Jones, A. (2007). Teaching citizenship? Teaching Public Administration, 27, 1–13.

 

Kerr, D. (2000), Citizenship education: An international comparison. In: Lawton, D., Cairns,

J., & Gardner, R. (eds). Education for Citizenship. London: Continuum.

 

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research

activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

 

Tonge, J., Mycock, A., & Jeffery, B. (2012). Does citizenship education make young people

better-engaged citizens? Political Studies, 60 (3), 578-602.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.