UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji membentuk model penglibatan golongan belia dalam
kelestarian alam sekitar khususnya di Daerah Muallim sebagai Bandar Belia atau 1Malaysia
Youth City (1MYC). Responden terdiri daripada 400 orang belia daripada dua buah mukim
dalam daerah Muallim, Perak iaitu mukim Slim dan Hulu Bernam Timur. Pemilihan responden
adalah dengan menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Konstruk penglibatan
kelestarian alam sekitar belia yang diukur adalah pengetahuan, nilai, kemahiran dan amalan
kelestarian alam sekitar belia. Setiap komponen dipecahkan kepada empat sub konstruk iaitu
penjimatan elektrik, penjimatan air, penggunaan produk mesra alam dan juga mod perjalanan.
Data dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kebolehpercayaan nilai Alpha Cronbach dan
Analisis Faktor Pengesahan (CFA) digunakan untuk mendapatkan penyelesaian empat faktor
dengan menggunakan perisian SPSS 22 dan AMOS 20. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha
Cronbach berada pada klasifikasi tinggi iaitu melebihi 0.80. Hasil analisis CFA bagi model
pengukuran menunjukkan penyelesaian empat faktor adalah sepadan dan boleh diterima
berdasarkan indikator yang disarankan. Dengan itu model pengukuran penglibatan golongan
belia dalam kelestarian alam sekitar adalah sesuai digunakan sebagai asas model kajian berkaitan
penglibatan golongan belia dalam kelestarian alam sekitar di Malaysia. |
References |
Er, A. C., Nur Azlin, M.A., & Mohd Fakhrulazi, S. (2015). Public Awareness of the Preservation and Conservation of the Natural Environment : The case of Taman Wetland, Putrajaya. Journal of Society and Space, 8(8), 13–26.
Hanifah, M., Mohamad Suhaily Yusri, C.N., & Nurul Izza, A. (2015). Kajian Tahap Amalan Kelestarian dalam Kalangan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Daerah Hulu Langat, Selangor. Geografi, 3(1), 25–36.
Jabatan Penerangan Malaysia. (2017). Persidangan Pentadbir Tanah Malaysia ke-23. Diperoleh daripada http://www.penerangan.gov.my/dmdocuments/transformasi_nasional_2050/mobile/index.html#p=50
Noor, S., & Fatima, M. (2013). Engaging the Youth Community in Environmental Management : a. Annals of Environmental Science, 6, 29–34.
Saiyidatina Balkhis, N., Hanifah, M., Mohmadisa, H., Nasir, N., & Yazid, S. (2017). Elemen Pengetahuan Literasi Karbon dalam kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Pendekatan Analisis Pengesahan Faktor (CFA). Geografi, (5), 1–11.
Siti Khatijah, Z., & Christopher,P. (2016). Cabaran dan strategi ke arah pembentukan komuniti lestari. Malaysia Journal of Society and Space, 12(12), 10–24.
Syed Iylia Hariz Al-Qadri, I. (2018). Engage youth in planning of new urban agenda. Kuala Lumpur. Diperoleh daripada http://www.bernama.com/en/general/news.php?id=1434342
UNESCO. (2015). Topics and Learning Objectives. Global Citizenship Education. United Nations. (2013). Youth and ICTs. United Nations Publications, 1–7. Diperoleh daripada http://www.un.org/esa/socdev/documents/youth/fact-sheets/youth-icts.pdf 16/06/2015
Zainal, M. Z. (2012). Keberkesanan Pelaksanaan “Local Agenda 21” di Malaysia: Kajian Kes Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pulau Pinang. (Tesis PhD Tidak Diterbitkan). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |