UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi kemahiran berfikir atas tinggi (KBAT)
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan membangun dan menilai
modul Peta Minda Buzan (PMB) bagi mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional
(PAV). Keberkesanan modul PMB terhadap pelajar tingkatan satu PAV diuji melalui
tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka
bentuk kuasi ekperimental yang terdiri daripada satu kumpulan rawatan dan satu
kumpulan kawalan yang melibatkan 88 orang pelajar. Data pencapaian pelajar
dianalisis dengan ujian pra dan ujian pos pencapaian. Kumpulan kawalan mengikuti
kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional berasaskan modul sedia ada
manakala kumpulan rawatan pula diberikan rawatan semasa pembelajaran
menggunakan Modul PMB. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan
perisian SPSS dan tahap penguasaan PMB dinilai dengan rubrik PMB. Secara
keseluruhan, dapatan kaj ian mendapati pelaj ar tingkatan satu PAV berada pada tahap
yang lemah dalam kemahiran berfikir (KB) khususnya KBAT melalui data yang
dikumpul. Selepas rawatan diberi, dapatan menunjukkan terdapat peningkatan KB bagi
kumpulan rawatan. Oleh itu, penggunaan modul PMB adalah satu pendekatan altematif
bagi membantu pelajar sekolah menengah meningkatkan KB terutama dalam KBAT.
Kata kunci : Kemahiran berfikir aras tinggi, Kurikulum Standard Sekolah Menengah,
Pendidikan Asas Vokasional, Modul Peta Minda Buzan, Rubrik Peta Minda |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |