UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB1501 Primary Education
Main Author :Tee Tze Kiong
Additional Authors :Ridzwan Che Rus
Zaliza Hanapi
Jailani Md Yunos
Mimi Mohaffyza Mohamad
Yee Mei Heong
Muhammad Asri Madmor
Title :Pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi merentas kurikulum standard sekolah menengah dalam pengajaran dan pembelajaran
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengintegrasi kemahiran berfikir atas tinggi (KBAT) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dengan membangun dan menilai modul Peta Minda Buzan (PMB) bagi mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Keberkesanan modul PMB terhadap pelajar tingkatan satu PAV diuji melalui tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan reka bentuk kuasi ekperimental yang terdiri daripada satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan yang melibatkan 88 orang pelajar. Data pencapaian pelajar dianalisis dengan ujian pra dan ujian pos pencapaian. Kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran dan pembelajaran secara konvensional berasaskan modul sedia ada manakala kumpulan rawatan pula diberikan rawatan semasa pembelajaran menggunakan Modul PMB. Perbezaan min pencapaian pelajar dianalisis dengan perisian SPSS dan tahap penguasaan PMB dinilai dengan rubrik PMB. Secara keseluruhan, dapatan kaj ian mendapati pelaj ar tingkatan satu PAV berada pada tahap yang lemah dalam kemahiran berfikir (KB) khususnya KBAT melalui data yang dikumpul. Selepas rawatan diberi, dapatan menunjukkan terdapat peningkatan KB bagi kumpulan rawatan. Oleh itu, penggunaan modul PMB adalah satu pendekatan altematif bagi membantu pelajar sekolah menengah meningkatkan KB terutama dalam KBAT.     Kata kunci : Kemahiran berfikir aras tinggi, Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Pendidikan Asas Vokasional, Modul Peta Minda Buzan, Rubrik Peta Minda
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)