UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan dan pengesahan instrumen persekitaran fizikal bilik darjah sekolah menengah di Malaysia

AVAILABLE Thesis 4163 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan dan pengesahan instrumen persekitaran fizikal bilik darjah sekolah menengah di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nurul Jannah Amirul
Subject
TH Building construction
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan Instrumen Persekitaran Fizikal Bilik Darjah (IPFBD) untuk digunakan di sekolah menengah di Malaysia. Pendekatan kuantitatif digunakan dan seramai 900 orang murid tingkatan empat terlibat dalam pembinaan dan pengesahan instrumen manakala 400 orang murid terlibat dalam penilaian persekitaran fizikal bilik darjah. Kajian ini juga menilai persekitaran fizikal dalam bilik darjah menggunakan IPFBD yang telah dibina. IPFBD yang dibina terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu (i), mengukur kesesuaian persekitaran fizikal bilik darjah (enam konstruk) dan (ii), mengukur kesan persekitaran fizikal bilik darjah kepada murid (tiga konstruk). Dapatan kajian menunjukkan IPFBD yang dibina mempunyai kesahan konstruk yang tinggi dengan nilai muatan faktor dari julat 0.43 hingga 0.96 bagi setiap item. IPFBD turut mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan yang tinggi iaitu dari julat 0.83 hingga 0.98 bagi keseluruhan sembilan konstruk yang dibina. Penilaian ke atas persekitaran fizikal bilik darjah yang dijalankan menunjukkan bahawa murid-murid berpendapat tahap kesesuaian persekitaran fizikal bilik darjah sedia ada adalah pada tahap tinggi bagi aspek perabot, kemudahan, dan pencahayaan manakala tahap sederhana bagi aspek udara dalaman, ruang, dan warna. Kesan persekitaran fizikal bilik darjah kepada murid-murid adalah pada tahap sederhana dari aspek kesihatan, keseronokan, dan pembelajaran. Kesimpulannya, instrumen yang dibina adalah sah dan boleh dipercayai. Kajian ini memberi implikasi bahawa IPFBD boleh digunakan sebagai satu instrumen untuk menilai persekitaran fizikal bilik darjah di sekolah menengah di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.