UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pelancongan kesihatan semakin popular di . kalangan masyarakat antarabangsa. Walaupun, secara relatifuya pelancongan kesihatan barn bertapak di Malaysia tetapi kewujudan industri mendapat perhatian selepas berlakunya krisis ekonomi pada tahun 1997. Produk pelancongan kolam air panas merupakan satu bentuk pelancongan kesihatan terawal di Malaysia. Industri ini juga berkembang dengan pertambahan bilangan hospital-hospital swasta di bandar-bandar utama yang menawarkan rawatan kesihatan Moden dan tradisional semasa melancong. Oleh itu, kerajaan Malaysia optimistik dengan perkembangan ini dan ia telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) sebagai salah satu sumber potensi pendapatan ekonomi negara. Tambahan pula, negara-negara jiran seperti Singapura, Indonesia dan Filipina aktif mempromosi pelancongan kesihatan di negara masing-masing, Oleh itu, Malaysia juga tidak ketinggalan menyertai industri ini dan bersaing dalam pasaran pelancongan kesihatan. Objektif utama kajian ini untuk mengenal pasti tahap pengetahuan rakyat Malaysia terhadap pelancongan kesihatan dengan menggunakan model pemasaran . Dapatan kaj ian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden berada pada aras sederhana dan kebanyakan responden mengaitkan pengetahuan pelancongan kesihatan dengan produk dan servis yang diterima. Walau bagaimanapun, responden menunjukkan sikap positif untuk mencuba produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh industri ini. Oleh itu, promosi melalui iklan dalam bahasa tempatan, maklumat yang mencukupi dan tepat boleh meningkatkan tahap kefahaman orang rarnai. Maklumat perkhidmatan yang berkualiti, kemudahan infrastruktur dan pakar yang diiktiraf boleh meningkatkan persepsi positif masyarakat tempatan dan pelancong antarabangsa. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |