UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Jaafar Harun,
Title :Hikayat Indera Quraisyin: analisis struktural dan Telaahamanat (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini menggunakan teks Hikayat Indera Quraisyin dalam bentuk mikrofilem yang tersimpan di Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM], Bangi. Bagi membolehkan fokus penyelidikan dijalankan, teks itu terlebih dahulu ditransliterasikan ke tulisan Rumi. Dengan menggunakan teori struktur dan teori kebahasaan yang menerbitkan pendekatan struktural dan pendekatan semiotik, teks tersebut dikupas untuk menyerlahkan peranan dan fungsi aspek-aspek struktur di dalamnya serta menganalisis actual meaning dan intentional meaning yang terdapat di dalamnya Hasil yang diperoleh melalui penggunaan alat-alat penyelidikan itu ialah teks ini mengandungi unsur dakwah [walaupun masih terselit unsur-unsur Hindu yang minimum] kerana temanya ialah usaha dan pertolonganAllah merupakan tangga kejayaan. Sehubungan itu, ditemui pelbagai amanat yang hendak disampaikan kepada pembaca oleh pengarangnya, amanat-amanat itu dilontar secara tersirat melalui suruhan dan larangan. Semua bentuk suruhan terarah kepada amar makruf. Semua bentuk larangan terarah kepada nahi mungkar. Kedua-dua unsur itu merupakan teras kepada seruan dakwah dalam agama Islam. Dengan demikian, dapatlah disimpulkan bahawa karya yang tergolong dalam Sastera Transisi ini telah berjaya 'diislamkan' oleh pengarangnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)