UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :PN Literature (General)
Main Author :Jaafar Harun,
Title :Prosa Melayu Klasik : telaah persoalan dan fungsi
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty of Languages and Communication
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sehingga kini belum ada pihak yang membuat kajian secara menyeluruh terhadap Prosa Melayu Klasik walaupun Harun Mat Piah telah menghasilkan disertasi kedoktorannya dalam bidang Puisi Melayu Tradisional. Hal ini mendorong saya mengambil kumpulan karya prosa itu sebagai bahan kajian. Banyak aspek yang boleh dikaji dengan menggunakan kumpulan karya itu. Namun demikian, saya hanya memfokuskan kepada persoalan dan fungsi. Teori-teori yang dipilih sebagai landasan pengkajian bagi menyerlahkan kedua-dua aspek itu ialah teori struktur yang diwakili oleh pendekatan strukturalisme-genetik dan teori kebahasaan yang diwakili oleh pendekatan semiotik. Kedua dua pendekatan itu dipilih kerana ruang lingkup yang dicakupinya ialah bahasa, budaya, dan kesusasteraan. Di samping itu, pendekatan semiotik yang ditunjangi pembacaan hermeneutik turut menyelongkar makna tersurat dan makna tersirat sesebuah karya. Dengan demikian, keselarasan pelbagai faktor diambil kira untuk menyatakan persoalan, gambaran masyarakat, dan amanat dalam karya pelbagai genre yang terkandung dalam kumpulan Prosa Melayu Klasik. Ketiga-tiga aspek itu digaul dengan makna tersurat dan makna tersirat secara saksama untuk menentukan fungsi sesebuah karya atau kumpulan karya dihidangkan kepada khalayak. Melaluinya, ditemuilah persoalan-persoalan keagungan raja dan negara; kepahlawanan; kesetiaan rakyat; panduan untuk raja, pembesar, dan rakyat; serta agama dan moral. Kesemua persoalan yang diutarakan itu menunjukkan bahawa fungsinya bukan sahaja sebagai alat hiburan malahan juga sebagai alat penyerlahan world view Melayu. Dapatan-dapatan tersebut diketengahkan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat Melayu tentang kewibawaan dan kerelevanan karya kesusasteraan dalam kehidupan mereka dahulu, kini,dan selamanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.