UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :HE Transportation and Communications
Main Author :Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil,
Title :Penggunaan pengangkutan jalan raya dan keselamatan pelajar sekolah: kajian di Batang Padang
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty of Art, Computing and Creative Industry
Year of Publication :2003
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dilakukan dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang penggunaan pengangkutan jalan raya dan tahap keselamatan pelajar sekolah di Daerah Batang Padang. Penggunaan kenderaan yang dikaji adalah penggunaan bas termasuk van sekolah dan basikal. Kawasan kajian pula melibatkan suatu kawasan majlis daerah di Daerah Batang Padang iaitu Majlis Daerah Tanjong Malim. Kajian ini melibatkan 5 buah sekolah menengah iaitu sebanyak 3 buah di Tanjong Malim dan 2 buah di Slim River. Jumlah sampel kajian ialah 426 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Kaedah kajian yang dijalankan adalah temubual, pemerhatian dan catatan, analisis keadaan basikal dan kaji selidik. Hasil kajian mendapati jumlah kemalangan yang melibatkan pelajar adalah meningkat dari tahun ke tahun. Responden berpendapat tahap perkhidmatan bas yang ada pada keseluruhannya adalah pada tahap sederhana, kecuali dari segi jumlah perkhidmatan bas serta tempat duduk yang tidak mencukupi bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Melalui kajian ini juga didapati jarang berlaku perkara-perkara seperti pelajar turun bas secara tergesa-gesa, tidak sopan semasa berada di dalam bas, mengganggu tumpuan pemandu bas, dan jumlah penumpang yang melebihi muatan pada situasi sederhana. Walaubagaimanapun, terdapat juga perlakuan-perlakuan negatif segolongan pelajar yang mengancam keselamatan diri pelajar sendiri dan mengganggu ketenteraman penumpang lain terutamanya pelajar perempuan. Perlakuan perlakuan tersebut adalah seperti menghulurkan kepala dan tangan keluar dari bas semasa bas bergerak, berjalan-jalan di dalam bas, berkongsi tempat duduk melebihi dari dua orang dan menganggu pelajar-pelajar perempuan. Merujuk kepada analisis keadaan basikal, kajian mendapati basikal-basikal pelajar adalah di antara tahap baik ke tahap sederhana di mana terdapat kekurangan dari segi penjagaan lampu dan loceng basikal. Didapati 100 peratus pelajar yang berbasikal tidak menggunakan topi keledar keselamatan. Melalui hasil kajian ini juga didapati hanya 7004 peratus pelajar yang berbasikal mempunyai pengetahuan berkenaan cara berbasikal yang betul dan selamat. Hasil kajian juga mendapati pelajar tidak berpuashati dengan keadaan lalu lintas di mana kurang kerjasama diperolehi dari pengguna jalan raya yang lain. Dari keseluruhan hasil kajian, kesimpulan yang dapat dibuat ialah lorong-lorong khas di jalan raya bagi pelajar yang berbasikal perlu disediakan. Di samping itu pendidikan bagi memberikan kesedaran kepada pelajar berkenaan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan jalan raya sarna ada menaiki bas atau menunggang basikal perlu dipergiatkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.