UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd. Tajudin Nor'ain,
Title :Proses pemiklran Matematik pelajar dalam pembelajaran teknik kamiran
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Faculty Of Science and Mathematics
Year of Publication :2004
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Full Text : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu pertama, bertujuan untuk meninjau secara lebih mendalam tentang kemahiran pelajar dalam menyelesaikan persamaan pembezaan pembolehubah boleh pisah, kedua, mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran teknik kamiran dan ketiga meninjau proses pemikiran pelajar dalam menilai suatu kamiran serta mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam menilai suatu kamiran. Sampel kajian seramai 120 orang pelajar tahun 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang mengambil kursus Persamaan Pembezaan Permulaan pada semester 2 sesi 2003/2004 telah dipilih secara rawak. Instrumen bagi fasa 1 adalah Ujian 1 bagi kursus berkenaan. Fasa 2 pula menggunakan soal selidik terbuka tentang masalah pelajar dalam pembelajaran teknik kamiran. Fasa 3 pula dilaksanakan secara temu duga klinikal terhadap 15 pelajar berpencapaian cemerlang, sederhana dan lemah yang dipilih secara rawak daripada sampel fasa 1 dan mereka menyelesaikan 2 soalan kamiran secara "think-aloud". Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tidak dapat menyelesaikan persamaan pembezaan pembolehubah boleh pisah dengan betul, walaupun mereka boleh mencamkan bentuk persamaan yang diberikan. Ini adalah disebabkan oleh penguasaan pelajar yang lemah dalam teknik kamiran. Antara 3 masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran teknik kamiran ialah sukar mengingati rumus dalam teknik kamiran, sukar memilih teknik kamiran yang sesuai dan tidak menguasai teknik karniran. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa proses pernikiran matematik dalam pembelajaran teknik kamiran bagi pelajar berpencapaian cemerlang adalah baik. Mereka didapati dapat memikirkan strategi secara teratur dan mudah untuk membuat pernilihan teknik kamiran yang sesuai dan seterusnya dapat menilaikan kamiran dengan menggunakan cara yang betul dengan teknik pilihan mereka. Manakala, proses pernikiran pelajar berpencapaian sederhana dan lemah pula adalah lemah dalam pembelajaran teknik kamiran di mana dapatan menunjukkan bahawa mereka tidak merancang dengan baik, menggunakan strategi yang sesuai dan mengikut proses yang logik dan sah dalam menyelesaikan soalan kamiran yang diberi. Selain itu, pelajar-pelajar yang berpencapaian sederhana dan lemah didapati menghadapi beberapa kesukaran dalam menilaikan suatu karniran yang diberi. Antara kesukaran-kesukaran tersebut adalah kesukaran dalam memilih teknik kamiran yang betul bagi suatu kamiran, kesukaran dalam mengenal pasti bahawa mereka melakukan kesilapan dalam proses menilai suatu kamiran, kesukaran dalam mencamkan bentuk karniran as as yang boleh dikarnirkan terus dan bentuk kamiran yang bukan asas yang tidak boleh dikarnirkan terus, kesukaran dalam mencamkan bentuk karniran suatu fungsi dengan teknik karniran yang betul bagi menilaikan karniran tersebut dan kesukaran dalam membezakan rumus-rumus dalam teknik karniran dan rumus-rumus pembezaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.