UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
ISSN :2289-7070
Main Author :Mohamed Zulkifley, Rosli Rozie,
Title :Pembangunan model berstruktur bermasalah Multikolinearan dan data pencilan
Year of Publication :2014

Full Text :
Model Persamaan Berstruktur (MPB) berdasarkan pendekatan kaedah Kuasa Dua Terkecil Separa (KTS) adalah antara kaedah yang terbaik bagi membangunkan model pendidikan yang melibatkan hubungan berstruktur beberapa pemboleh ubah pendam. Walaupun banyak peranan penting yang telah dimainkan oleh KTS dalam membangunkan model pendidikan, beberapa percubaan telah telah dibuat untuk mengubahsuai kaedah penganggarannya. Kertas ini menerangkan tentang pembangunan model pendidikan berdasarkan KTS dengan menggunakan kaedah yang diubahsuai bagi menganggar parameter model, iaitu KTS Teguh. Kajian ini menambah baik kaedah penganggaran pemboleh ubah pendam melalui penggunaan varians teguh. Kaedah baharu yang diubahsuai cuba menyelesaikan dua masalah utama dalam pemodelan iaitu multikolinearan dan data pencilan. Bagi menguji keberkesanan KTS Teguh, model berstruktur prestasi akademik berasaskan KTS Teguh dan KTS Konvensional dibandingkan. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa MPB berasaskan KTS Teguh (MPB-KTS Teguh) adalah lebih baik daripada MPB berasaskan KTS Konvensional (MPB-KTS Konvensional) jika wujud masalah multikolinearan dan data pencilan di dalam model yang dibangunkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.