UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Main Author :Harozila Ramli
Title :Eksplorasi bahan alam dalam pengajaran dan pembelajaran tekstil fiber (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2004
Notes :Hasil Penyelidikan
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji explorasi bahan alam dalam penghasilan karya fiber. Penyelidikan ini juga untuk menganalisa penggunaan bahan alam, mengekplorasi pelbagai teknik serta gabungan teknik di antara bahan alam bagi penghasilan karya fiber. Penyelidikan ini juga akan menguji tahap kesesuaian bahan alam dalam penghasilan karya fiber. Pengumpulan data dibuat menerusi kaedah pemerhatian terhadap karya fiber dan temubual bersama pelajar. Pemilihan responden berdasarkan 25 orang pelajar (studio tenunan tradisional) dan 5 buah karya fiber hasil daripada kerja berkumpulan. 3 jenis teknik telah dikenal pasti iaitu teknik plain weave, taffting, coiling dan ia telah dieksperimentasi terhadap 6 jenis bahan alam iaitu tali guni, tali pisang, rotan, buluh, sabut kelapa dan kulit kayu balak. Metod kualitatif telah di pilih bagi menjadi susur galur di dalam penyelidikan ini. Data telah dikumpul dan di analisis menerusi pemerhatian terhadap karya fiber dan temubual bersama pelajar. Data ini disokong dengan rakaman foto karya fiber. Secara keseluruhannya penyelidikan ini, memfokuskan kepada kesesuaian bahan alam dan kesesuaian gabungan di antara teknik dan bahan alam. Penyelidikan ini juga dapat mengenalpasti eksplorasi bahan alam di dalam pengajaran dan pembelajaran karya fiber. Akhirnya diharapkan agar eksplorasi bahan alam di dalam karya fiber ini dan gabungannya dengan pelbagai teknik menjadi langkah pertama kearah memantapkan seni fiber di bawah mata pelajaran pendidikan seni di sekolah. 11
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)