UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :QH301 Biology
ISSN :2232-0393
Main Author :Shamsuddin Suzilawati, Ong Eng Tek, Desa Shakinaz,
Title :Kesan penggunaan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian Biologi dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 (IR)
Year of Publication :2012
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) berbanding dengan pengajaran konvensional (PK) terhadap pencapaian Biologi berdasarkan aras kognitif Bloom dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Dengan menggunakan reka bentuk kumpulan kawalan praujian-pascaujian (pretest-posttest control group design), seramai 37 orang pelajar dipilih untuk mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan masalah manakala seramai 39 orang pelajar pula mengikuti kaedah pengajaran konvensional. Seorang guru yang sama terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kedua-dua kumpulan kajian. Kajian ini melibatkan tempoh intervensi selama 5 minggu dengan masa pembelajaran selama 160 minit untuk subtopik “applying the concept of balanced diet” dan “understanding malnutrition”. Dari segi instrumentasi, keputusan pentaksiran pertengahan tahun berasaskan sekolah digunakan sebagai praujian manakala pascaujian terdiri daripada 15 item aneka pilihan dan 3 item subjektif yang dibina berdasarkan Jadual Penentuan Ujian dengan item-itemnya menggunakan kata-kata kerja yang bersepadanan dengan enam aras kognitif Taksonomi Bloom serta mempunyai kebolehpercayaan yang sesuai dengan nilai KR-21 sebanyak 0.76. Penganalisisan data menggunakan kaedah multivariate analysis of covariance (MANCOVA) menunjukkan bahawa pencapaian Biologi secara keseluruhan dalam kalangan pelajar yang mengikuti PBM adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik jika dibandingkan dengan pencapaian Biologi secara keseluruhan dalam kalangan pelajar yang mengikuti PK. Susulan ujian univariate analysis of covariance (ANCOVA) mendapati kesignifikanan pencapaian Biologi secara keseluruhan ini sebenarnya disumbang oleh dua aras sahaja, yakni aras analisis dan penilaian. Dapatan kajian ini dibincang dalam konteks pendidikan sains, khasnya dalam aras kognitif yang ingin dipupuk dan dikembangkan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)