UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nor Najiyah Ghazali
Title :Kesan penggunaan buku bersiri Luqman al-Hakim terhadap perlakuan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan buku bersiri Luqman Al-Hakim melalui teknik penceritaan terhadap pembentukan nilai akidah dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Tiga aspek perlakuan yang difokuskan ialah nilai beriman, bersyukur dan pembalasan. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental melibatkan ujian, pemerhatian dan temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kanak prasekolah berumur enam tahun yang terdiri daripada dua buah kelas di sebuah tadika. Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan. Kajian telah dijalankan selama enam minggu meliputi pemerhatian, ujian pra dan ujian pos serta proses penceritaan menggunakan buku bersiri Luqman Al-Hakim. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian-t sampel tak bersandar untuk menilai sama ada terdapat perbezaan yang signifikan bagi perlakuan nilai akidah antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan manakala data kualitatif dianalisis secara manual iaitu melalui peringkat transkripsi, pengekodan serta pembentukan kategori tema. Seramai lima orang kanak-kanak dipilih bagi proses pemerhatian dan temu bual dengan ibu dan guru. Dapatan data kuantitatif menunjukkan terdapat perbezaan min antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan bagi perlakuan nilai bersyukur (p
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)