UPSI Digital Repository (UDRep)

Novel Tengku Menteri dan Urih Pesisir analisis kepimpinan berkualiti dengan teori teksdealisme

AVAILABLE Thesis 4654 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Novel Tengku Menteri dan Urih Pesisir analisis kepimpinan berkualiti dengan teori teksdealisme
Type
Thesis
Main Author
Mohd Nazri Zainuddin
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepimpinan berkualiti dalam novel sejarah Tengku Menteri (Malaysia) dan Urih Pesisir (Brunei). Secara khususnya, kajian ini menggunakan teori teksdealisme dengan mengaplikasikan prinsip kehadiran, perinsip perlanggaran, prinsip pengukuhan dan prinsip individualisme. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada tiga watak iaitu Long Jaafar, Ngah Ibrahim dan Kapten Speedy daripada novel Tengku Menteri. Manakala tiga watak lagi daripada novel Urih Pesisir iaitu Syarif Omar, Wan Idrus dan Paul Gray. Watak-watak ini dipilih kerana mereka merupakan pentadbir, pemimpin masyarakat dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat. Teori teksdealisme oleh Mana Sikana digunakan untuk menganalisis kepimpinan berkualiti yang dipraktikkan oleh watak-watak tersebut. Analisis ini juga disokong dengan mengaplikasikan konsep kepimpinan berkualiti, kepimpinan Islam dan budaya Melayu. Permasalahan kajian adalah tertumpu kepada pengamalan kepimpinan berkualiti dan mencari watak yang manakah lebih unggul kepimpinannya. Data-data diperoleh dengan menggunakan penyelidikan kepustakaan dan analisis kandungan novel-novel tersebut. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa watak-watak yang dikaji telah mempraktikkan kepimpinan berkualiti di dalam keluarga, masyarakat dan pentadbiran. Watak Ngah Ibrahim lebih dominan atau unggul kepimpinan berkualitinya kerana jawatan yang disandangnya, bilangan pengikut yang ramai, mementingkan agama dan pendidikan, bersedia menerima idea orang lain dan mempunyai sumber pendapatan yang tinggi. Berbeza pula dengan lima watak lain iaitu kepimpinan mereka kurang menyerlah dan terbatas kepada masyarakat setempat sahaja. Justeru, implikasi dapatan ini boleh dijadikan sebagai teladan oleh para pemimpin dan pentadbir masa kini dan yang akan datang.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.