UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA76 Computer software
Main Author :Muhammad Ismail Omar
Title :Analisis penyumbang terhadap amalan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru sekolah rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan rekabentuk tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah di Terengganu. Seramai 222 orang guru telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihannya dibuat secara persampelan rawak berstrata. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru termasuk penyediaan bahan, pelaksanaan dalam bilik darjah adalah tahap sederhana tetapi dalam aspek komunikasi adalah rendah. Sungguhpun kesediaan guru dari aspek perspektif umum terhadap ICT, matlamat mengintegrasikan ICT dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi. Namun begitu kesediaan dari aspek luaran seprti latihan pengintegrasian ICT, kemahiran ICT, sumberICT dan sokongan pentadbir adalah pada tahap sederhana. Aspek kebimbangan guru dalam pengintegrasian ICT juga didapati pada tahap sederhana. Analisis lanjutan menunjukkan kemahiran ICT guru, sumber ICT dan perpektif umum guru terhadap ICT memberi sumbangan yang positif dan signifikan terhadap amalan pengintegrsian ICT dalam PdP guru. Justeru amat penting kepada pihak KPM khususnya pihak sekolah agar dapat merancang keperluan latihan ICT secara formal mengikut bidang mata pelajaran kepada guru-guru, keperluan menambah dan mempelbagaikan koleksi bahan pembelajaran berasaskan ICT di sekolah serta menyusun semula srtategi penyebaran penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah. Kelewatan guru mengamalkan pengintegrasian ICT dalam PdP di sekolah boleh menjejaskan kadar kelajuan penerimaan inovasi teknologi yang dilaksanakan\ di sekolah. Kemahiran ICT guru, sumber ICT dan perpektif umum guru terhadap ICT adalah faktor dominan yang menyumbang terhadap amalan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru. Implikasi kajian ini, guru perlulah mengambil tindakan yang lebih terancang bagi mengembangkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.