UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan koswer Bahan Bantu Mengajar-Visual Audio Teaching Approach (BBM-VATA) dan mengenal pasti keberkesanannya dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman bagi topik fasa-fasa bulan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan sampel terdiri daripada 70 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Satu kelas seramai 35 orang murid mewakili kumpulan eksperimen dan satu kelas lagi seramai 35 murid mewakili kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara dan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik desktriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian t bagi kedua kumpulan bagi menguji miskonsepsi. Murid dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan BBM-VATA didapati mempunyai kurang miskonsepsi berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Dari aspek kefahaman mengenai fasa-fasa bulan, hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian ujian pos bagi kumpulan eksperimen. Dapatan ini disokong dengan skor min yang tinggi bagi kumpulan eksperimen dalam kefahaman mengenai fasa-fasa bulan. Boleh disimpulkan bahawa penggunaan koswer BBM-VATA dapat membantu dalam memahami isi kandungan topik yang dipelajari serta menangani miskonsepsi yang wujud. Justeru para pendidik digalakkan untuk memperkenalkan BBM-VATA dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |