UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan bahan bantu mengajar VATA dalam menangani miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman konsep abstrak sains sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 5386 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan bahan bantu mengajar VATA dalam menangani miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman konsep abstrak sains sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Soleh Mohd Noor
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan koswer Bahan Bantu Mengajar-Visual Audio Teaching Approach (BBM-VATA) dan mengenal pasti keberkesanannya dalam mengatasi miskonsepsi dan meningkatkan kefahaman bagi topik fasa-fasa bulan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen dan sampel terdiri daripada 70 orang murid dari dua kelas tahun enam yang setara. Satu kelas seramai 35 orang murid mewakili kumpulan eksperimen dan satu kelas lagi seramai 35 murid mewakili kumpulan kawalan. Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data adalah satu set ujian pra dan pasca yang setara dan soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis secara statistik desktriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian t bagi kedua kumpulan bagi menguji miskonsepsi. Murid dalam kumpulan eksperimen yang menggunakan BBM-VATA didapati mempunyai kurang miskonsepsi berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Dari aspek kefahaman mengenai fasa-fasa bulan, hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian ujian pos bagi kumpulan eksperimen. Dapatan ini disokong dengan skor min yang tinggi bagi kumpulan eksperimen dalam kefahaman mengenai fasa-fasa bulan. Boleh disimpulkan bahawa penggunaan koswer BBM-VATA dapat membantu dalam memahami isi kandungan topik yang dipelajari serta menangani miskonsepsi yang wujud. Justeru para pendidik digalakkan untuk memperkenalkan BBM-VATA dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.