UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran keusahawanan dengan efikasi guru. Kemahiran keusahawanan telah dibahagikan kepada empat kategori yang utama, iaitu kemahiran pengurusan, kemahiran teknikal, kemahiran generik dan kemahiran pemasaran. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru sekolah menengah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di Daerah Larut,Matang dan Selama, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Sampel kajian ini terdiri daripada 130 orang guru sekitar di Daerah Larut,Matang dan Selama. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferen. Ujian Korelasi Pearson, Ujian Regrasi Berbilang dan Analisis Faktor digunakan untuk menganalisis soalan-soalan kajian yang dibina. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran keusahawanan dengan efikasi guru. Efikasi seseorang guru dapat diukur daripada kemahiran keusahawanan yang dimilikinya. Maka, kemahiran keusahawanan merupakan elemen yang penting bagi meningkatkan efikasi seseorang guru. Dapatan ini diharap dapat memberikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang modul pengajaran yang sesuai kepada guru-guru pelatih dalam bidang keusahawanan mengikut keperluan semasa dan masa depan. Selain itu, dapat membantu dalam pemilihan calon guru yang paling sesuai untuk mengajar pendidikan keusahawanan. Di samping itu, dapat memastikan guru-guru yang dipilih adalah berkualiti dan mampu meningkatkan martabat profesion perguruan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |