UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan di antara kemahiran keusahawanan guru di daerah dengan efikasi Larut, Matang dan Selama, Perak

AVAILABLE Thesis 2115 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan di antara kemahiran keusahawanan guru di daerah dengan efikasi Larut, Matang dan Selama, Perak
Type
Thesis
Main Author
Anandan Muniandy
Subject
HB Economic Theory
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kemahiran keusahawanan dengan efikasi guru. Kemahiran keusahawanan telah dibahagikan kepada empat kategori yang utama, iaitu kemahiran pengurusan, kemahiran teknikal, kemahiran generik dan kemahiran pemasaran. Kajian ini hanya dijalankan ke atas guru-guru sekolah menengah kebangsaan yang mengajar mata pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan di Daerah Larut,Matang dan Selama, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu A dan B. Sampel kajian ini terdiri daripada 130 orang guru sekitar di Daerah Larut,Matang dan Selama. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferen. Ujian Korelasi Pearson, Ujian Regrasi Berbilang dan Analisis Faktor digunakan untuk menganalisis soalan-soalan kajian yang dibina. Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kemahiran keusahawanan dengan efikasi guru. Efikasi seseorang guru dapat diukur daripada kemahiran keusahawanan yang dimilikinya. Maka, kemahiran keusahawanan merupakan elemen yang penting bagi meningkatkan efikasi seseorang guru. Dapatan ini diharap dapat memberikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merancang modul pengajaran yang sesuai kepada guru-guru pelatih dalam bidang keusahawanan mengikut keperluan semasa dan masa depan. Selain itu, dapat membantu dalam pemilihan calon guru yang paling sesuai untuk mengajar pendidikan keusahawanan. Di samping itu, dapat memastikan guru-guru yang dipilih adalah berkualiti dan mampu meningkatkan martabat profesion perguruan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.