Pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar
Type
Thesis
Main Author
Rohaida Muslim
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan dalam kalangan pelajar semester akhir FPE UPSI. Dalam kajian ini, sebanyak 210 set soal selidik telah berjaya dikumpul yang membawa kepada 97% kadar tindak balas. Ujian ANOVA, ujian-t, ujian korelasi dan ujian regresi pelbagai telah digunakan untuk melaksanakan analisis statistik daripada data kajian. Analisis kebolehpercayaan dan analisis faktor pengesahan telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tingkah laku terancang, kecerdasan emosi dan daya tahan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap hasrat keusahawanan. Teori Tingkah Laku Terancang (TPB) merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi hasrat keusahawanan pelajar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada literatur dalam pengaruh TPB, kecerdasan emosi dan daya tahan terhadap hasrat keusahawanan pelajar. Implikasinya, universiti boleh meningkatkan self-efficacy keusahawanan dan keinginan pelajar untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.