Pelaksanaan solat bagi murid-murid bermasalah pembelajaran
Type
Thesis
Main Author
Arnie Adnan
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengkaji tuntutan dan tatacara solat murid bermasalah pembelajaran dalam Program j-QAF di Program Pendidikan Khas serta aspek rukhsah dalam pelaksanaannya. Responden terdiri daripada tiga orang pakar bidang agama dan dua orang guru di sebuah Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Daerah Perak Tengah. Pengumpulan data menggunakan teknik temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan tuntutan solat murid bermasalah pembelajaran adalah, pertama gugur bagi terencat akal teruk, kedua memiliki sebahagian kelayakan melaksana bagi yang berakal tetapi tidak mencapai tahap normal dan ketiga memiliki kelayakan melaksana sempurna bagi yang memiliki akal normal tetapi bermasalah tingkah laku dan kesukaran mengingat. Tatacara solat murid bermasalah pembelajaran menekankan aspek rukhsah dan tahap kemampuan murid. Kajian turut mencadangkan aspek pengajaran bacaan mudah dalam solat. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan tuntutan solat bagi murid bermasalah pembelajaran adalah berdasarkan tahap akal dan kemampuan. Implikasi kajian menunjukkan pengetahuan tentang tuntutan dan aspek kemampuan serta pelaksanaan Program j-QAF boleh membantu meningkatkan penguasaan solat murid.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.