UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB1603 Secondary Education. High schools
Main Author :Eryzal Jumaidi
Title :Pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional tenaga pengajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini berhasrat untuk menentukan tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional dalam kalangan tenaga pengajar kolej vokasional dan sekolah menengah teknik di negeri Perak. Borang tinjauan soal selidik telah dibina berasaskan kepada Standards Guru Malaysia. Sejumlah 162 responden telah dipilih secara persampelan rawak berlapis. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekuensi, min, sisihan piawai, ujian-t dan Anova. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional tenaga pengajar adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan aspek pengetahuan, kemahiran dan amalan profesional dalam kalangan tenaga pengajar tidak berbeza secara signifikan berdasarkan faktor jantina, umur, kelulusan akademik, pengalaman mengajar dan subjek mengajar. Kesimpulan kajian adalah tenaga pengajar memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Standards Guru Malaysia. Kajian ini juga memberi implikasi bahawa tenaga pengajar tanpa mengira latar belakang demografi bersedia mengikuti kursus yang dapat meningkatkan kompetensi dan professionalisme mereka.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.