UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :T Technology (General)
Main Author :Nor Azah Mansor
Title :Pembangunan dan penilaian sistem pemilihan tokoh nilam (eSPTN) untuk pelajar dan guru sekolah rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Sistem Pemilihan Tokoh Nilam Berasaskan Web (eSPTN) dalam aspek tanggapan kegunaan dan tanggapan kemudahgunaan. Sistem eSPTN dibangunkan untuk membantu guru memilih Tokoh Nilam mengikut syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Fungsi sistem sedia ada telah ditambahbaik untuk merekod markah Kurikulum dan Ko-Kurikulum. Pembangunan sistem adalah berasaskan Metodologi Rapid Application Development dengan pendekatan Berorientasi Objek yang berasaskan model prototaip. Manakala penilaian bagi aspek tanggapan kegunaan dan tanggapan kemudahgunaan adalah berasaskan Technology Acceptance Model 3. Pendekatan kualitatif yang berasaskan temubual semi struktur digunakan yang melibatkan empat orang guru dan seorang calon Tokoh Nilam daripada dua buah sekolah daerah Hilir Perak. Responden telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Instrumen Senarai Semak Temubual digunakan untuk mengukur aplikasi kegunaan dan kemudahgunaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek tanggapan kegunaan dan kemudahgunaan memenuhi kehendak pengguna. Responden majoritinya bersetuju sistem eSPTN memenuhi aspek kegunaan dan kemudahgunaan. Sistem eSPTN memudahkan guru dalam pemilihan calon Tokoh Nilam. Kajian ini menyumbang kepada pembangunan sistem eSPTN yang bermanfaat kepada guru dalam memilih calon berpotensi untuk Tokoh Nilam; guru boleh memilih Tokoh Nilam dengan lebih mudah dan tepat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.