Pembangunan model reka bentuk penjaminan kualiti akademik sekolah tinggi agama Islam swasta Jakarta Indonesia
Type
Thesis
Main Author
Suprihatin, Krebet
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai amalan pembangunan model rekabentuk jaminan kualiti akademik berdasarkan tujuh aspek kualiti iaitu: rekabentuk kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian pelajar, pemilihan pelajar, perkhidmatan sokongan, sumber pengajian, dan penambahbaikan berterusan. Fasa kajian dilakukan dalam dua peringkat. Kedudukan pertama ialah mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kedudukan kedua adalah kajian sebenar tentang rekabentuk jaminan kualiti akademik dan kepuasan pelajar STAIS Lantaboer dan STAINDO Jakarta Indonesia. Kaedah kajian ini dilakukan dengan kaedah kuantitatif, data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, kajian pengumpulan data menggunakan instrumen kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap jangkaan terhadap rekabentuk jaminan kualiti adalah sederhana lemah dan positif untuk semua aspek yang dikaji, terdapat hubungan antara beberapa aspek jaminan kualiti akademik dengan kepuasan pelajar. Untuk itu menekankan pada usaha untuk mempertingkatkan amalan rekabentuk jaminan kualiti sehingga kepuasan pelajar dapat diwujudkan dengan baik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.