UPSI Digital Repository (UDRep)

Interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 3940 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Abdul Rahman Mahamad
Subject
BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini merupakan kajian kes yang menerapkan kaedah kualitatif dengan pendekatan interdisiplin secara deskriptif; serta interpretasi ilustrasi dan teks berdasarkan tiga perspektif iaitu Seni Halus (Edmund Feldman, 1967), Semiotik Visual (Meyer Schapiro, 1996) dan Penerbitan Buku Teks (KPM, 2012). Analisis kajian ini juga telah mengenal pasti jenis, ciri-ciri, fungsi, prinsip rekaan dalam penerbitan, elemen seni reka dan Interpretasi Empat Lapis berdasarkan Teori Semiotik Visual oleh Meyer Schapiro. Dapatan kajian menunjukkan ilustrasi dalam buku teks masih terhad dari jenis, ciri-ciri dan fungsi. Pengetahuan ilustrator tentang ilustrasi juga terhad dan kelihatan simplistik dalam perspektif penerbitan buku teks dan seni halus. Didapati ilustrator juga mengambil kira dan peka perspektif murid bagi memastikan fungsi dan interpretasi ilustrasi sampai dan berkesan. Interpretasi murid berkait dengan faktor kedudukan geografi sekolah dan tahap pencapaian murid. Pengalaman dan kelayakan ilustrator juga mempengaruhi penghasilan ilustrasi dan kesan interpretasi. Semua ilustrator banyak menerap kesan nilai baik. Berkenaan Interpretasi Empat Lapis, ilustrator dan murid tidak pernah tahu secara khusus. Walau bagaimanapun dalam penjelasan dengan perkataan dan gaya mereka sendiri semua penjelasan berkisar pada empat lapisan berkenaan ilustrasi yang dikaji. Terdapat interpretasi oleh murid yang berbeza pendapat antara satu sama lain disebabkan silap faham ilustrasi, pengetahuan serta latar belakang murid yang unik dan berbeza. Implikasi kajian ini penting untuk dijadikan kerangka pelbagai perspektif (seni halus, semiotik visual dan penerbitan buku) dalam menghasilkan ilustrasi dan keberkesanan ilustrasi. Ia juga boleh digunakan sebagai kerangka untuk menetap dan memantau lapis interpretasi oleh murid dan ilustrator semasa memvisualkan kandungan pelajaran. Kajian ini juga boleh dijadikan panduan oleh pihak yang terlibat dalam penerbitan buku teks Pendidikan Islam seperti KPM, penerbit buku dan pengkaji yang akan datang.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.