UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru-guru
Pengajian Am bagi mengajar penulisan karangan di sekolah. Selain itu, cara penggunaan peta
i-Think yang boleh digunakan oleh guru-guru bagi membantu pelajar bagi menulis karangan
Pengajian Am serta keberkesanannya juga dianalisis dalam kajian ini. Pendekatan kualitatif
dengan reka bentuk kaedah Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 14 orang
responden telah terlibat dalam kajian ini. Responden telah dipilih dari kalangan guru yang
mengajar mata pelajaran Pengajian Am di daerah Kinta Utara, Perak. Seterusnya, lima orang
guru dari jumlah responden dipilih untuk ditemu bual. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah borang soal selidik dan soalan temu bual. Kemudian, data yang telah
dikumpul dianalisis menggunakan kaedah Hermeneutik. Hasil kajian menunjukkan bahawa
kebanyakan guru-guru menggunakan peta bulat i-Think untuk mengajar karangan Pengajian
Am terutamanya semasa membuat perbincangan isi. Penggunaan peta bulat i-Think juga
sangat berkesan bagi meningkatkan pemahaman dan membantu pelajar untuk mengingat
isi-isi penting. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta bulat i-Think dapat
meningkatkan pencapaian pelajar terhadap penulisan karangan Pengajian Am. |
References |
David Hyerle & Yeager. (2007). Thinking Maps: A Language for Learning. US: Thinking Maps Inc.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 –2025. Malaysia: Putrajaya.
Rosli, M. M. & Sidek, S. (2013). Innovation and firm performance: evidence from Malaysian small and medium enterprises. Paper presented at the 20th International Business Information Management Conference (IBIMA). International Business Information Management Association, pp. 794-809. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |