UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noorzeliana Idris
Title :Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan guru (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru. Terdapat lapan tujuan kajian dan lima hipotesis kajian. Model Penilaian CIPP digunakan sebagai kerangka kajian yang melibatkan semua komponen iaitu konteks, input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 589 orang guru yang melaksanakan PBS di Semenanjung Malaysia dan dipilih secara rawak berstrata dari 48 buah sekolah. Analisis data kuantitatif dan kualitatif (temubual, analisis dokumen dan pemerhatian yang melibatkan empat orang guru) dilaporkan secara serentak untuk menyokong dapatan kajian. Soal selidik rubrik dua lapis dibina sendiri oleh penyelidik yang mempunyai empat konstruks dengan nilai Alpha Cronbach antara 0.707 hingga 0.884. Perangkaan deskriptif secara keseluruhannya mendapati semua komponen dalam Model CIPP menunjukkan tahap yang sederhana sahaja. Namun begitu, terdapat kekuatan dan kelemahan yang didapati dalam setiap sub konstruk. Analisis MANOVA pula mendapati tahap Perancangan dan Pelaksanaan PBS guru sekolah menengah lebih tinggi dan berbeza secara signifikan dengan guru sekolah rendah. Manakala tahap Perancangan dan Pelaksanaan guru di sekolah bandar lebih tinggi dan berbeza secara signifikan dengan guru di sekolah luar bandar. Analisis Regresi Berganda bagi menunjukkan sumbangan pemboleh ubah tak bersandar terhadap Penerimaan Guru dalam Melaksanakan PBS adalah sebanyak 47.6%. Antara faktor dominan yang menyumbang kepada konstruk Penerimaan Guru dalam Melaksanakan PBS ialah Pelaksanaan Pentaksiran dan Matlamat PBS. Manakala sumbangan pemboleh ubah tak bersandar terhadap Pelaksanaan PBS adalah sebanyak 53.6% dan faktor yang paling mempengaruhi ialah Perancangan Sekolah dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan PBS. Sebanyak lapan saranan diketengahkan bagi memenuhi matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu untuk mencapai visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)