UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan permainan digital dalam pembelajaran oleh pelajar praktikum terhadap golongan marginal. Kajian ini menggunakan keadah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan pengedaran soal selidik responden, soal selidik permerhatian,senarai semak,analisis dokumen dan temubual. Sampel kajian melibatkan 11 orang pelajar praktikum sarjana muda pendidikan khas yang menjalani latihan mengajar di negeri Perak dan Selangor serta 9 orang guru pembimbing mereka yang terlibat semasa latihan mengajar. Data soal selidik dianalisis secara analisis deskriptitif melalui (Statistical Package for the Social Sciences) SPSS menggunakan min dan sisihan piawai manakala temubual pula ditranskripkan. Hasil analisis data soal selidik yang diedar kepada pelajar praktikum mendapati bahawa tahap interpretasi penguasaan permainan digital yang tinggi dengan nilai min 4.19 dan sisihan piawaian 0.434. Namun berdasarkan analisis soal selidik pemerhatian didapati bahawa pelajar mempunyai tahap pengetahuan permainan digital yang sederhana dengan nilai min 3.36 dan sisihan piawainya sebanyak 0.723. Hal ini disokong dengan dapatan temubual yang menyatakan bahawa penguasaan murid masih sederhana dalam permainan digital. Oleh itu, kajian ini menghuraikan beberapa langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan usaha dalam penggunaan permainan digital terhadap golongan marginal.
|
References |
Allsop, Y., Yeniman, Y.E., Screpanti, M. (2015). Teacher's beliefs about game based learning: A comparative study of peaagogy, curriculum and practice in Italy, Turkey and the UK
Birova. (2013). Game as a Main Strategy in Language Education. American Journal of Educational Research, 1(1),6-10.
Echeverria A., Garcia C. C., M. Nussabauym, F. Gil., (2011). A Framework for the dsign and integration of Collaborative Classroom Games. Computers & Education 57(1), 1127-1136,2011
Jessel, J. (2012). Social, cultural, and cognitive processes and new technologies in education in Miglino.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri ( 2007). Pendidikanlslam Kaedah PdPc. Skudai:Penerbit Universiti Teknologi Malaya
Nur Qistina Abdullah & Hazrnan Ali (2012). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842. JPBM, Vol. 3, Bil. 2 (Nov.2013):49-63 Link:
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |