Peranan visual sebagai media propaganda sewaktu pendudukan Jepun Dai Nippon di Malaysia, 1942-1945
Type
Thesis
Main Author
Saiful Akram Che Cob@Ab Ghafar
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengesan, menyelidik dan menganalisis peranan visual sebagai satu mekanisma dalam usaha penyebaran propaganda sewaktu pendudukan Jepun selama tiga tahun dan lapan bulan di Malaysia. Penyelidikan terhadap peranan visual yang bertemakan propaganda ini mengkaji ilustrasi lukisan, kartun, poster dan risalah yang tersiar pada majalah, akhbar, buku dan penerbitan umum sewaktu pendudukan Dai Nippon dari tahun 1942 hingga 1945. Kaedah penyelidikan kualitatif yang menggunakan pendekatan Sejarah Seni menjadi paradigma penyelidikan. Dokumentasi visual merupakan sumber utama bagi penganalisisan data. Visual propaganda dianalisis secara kritis dan menyeluruh dengan menggunakan kaedah analisis formal dan kontekstual. Sebanyak 96 visual propaganda telah dikesan di sepanjang tempoh pendudukan. Namun, hanya 63 visual yang menepati kriteria Indikator Pemilihan Visual yang dibangunkan pada kerangka konsepsual, dipilih untuk dianalisis. Hasil penyelidikan mendapati bahawa visual propaganda melalui tiga fasa yang integral bagi membincangkan peranannya dalam menyalurkan indoktrinasi bergambar kepada massa. Turut dibincangkan dalam hasil penyelidikan adalah peranan yang dimainkan oleh para propagandis visual yang menyokong doktrin romantik ‘Asia untuk Asia’, ‘Lingkungan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya’, kempen zaman ‘Dai Toa Senso’ (Peperangan Besar Asia Timur Raya) dan sikap prejudis mereka kepada pihak imperialisme Anglo-Amerika. Secara keseluruhannya, dapatlah diperkatakan bahawa visual propaganda juga merupakan senjata peperangan ‘non-militeris’, yang mempunyai daya tariknya tersendiri dalam mengkonsepsikan pemahaman serta penerimaan para pemerhati.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.