Nilai-nilai estetika kebaya nyonya melalui proses sosialisasi dalam konteks perubahan sosio-budaya
Type
Thesis
Main Author
Roziah Ahmat Nor
Subject
GT Manners and customs
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji nilai-nilai estetika kebaya nyonya melalui proses sosialisasi dalam konteks perubahan sosio-budaya. Kajian ini juga untuk mengenal pasti rekaan Kebaya Nyonya dari segi reka bentuk dan motif-motifnya, material dan nilai-nilai estetiknya yang menjadi pilihan wanita Peranakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Pengkaji telah memilih negeri Melaka sebagai pusat kajian. Pemerhatian dan kajian lapangan telah dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual, rakaman gambar, rakaman audio dan analisis dokumentasi. Hasil daripada pemerhatian terhadap motif dan pemakaian Kebaya Nyonya, menunjukkan bahawa konsep pemakaian pakaian kebaya Nyonya dipengaruhi oleh sosio-budaya yang mempunyai simbol-simbol dalam reka bentuk dan makna tertentu yang secara tidak langsung mewujudkan sistem pendidikan informal dalam masyarakat tersebut. Kajian ini diharap dapat menjadi sumber pengetahuan yang asas bertitik tolak kepada pembangunan dan perubahan warisan kebudayaan bangsa kita.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.