UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Haizan Mohd Taha
Title :Kesan intervensi modul rakan mentor terhadap penghargaan kendiri, motivasi dan gred bagi pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah universiti swasta (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ialah untuk mengukur kesan Intervensi Modul Rakan Mentor (MRM) ke atas penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester antara Kumpulan Rawatan dengan Kumpulan Kawalan. Kajian eksperimen kuasi praujian-pascaujian dijalankan ke atas 90 subjek (30 dari Kumpulan Rawatan MRM Individu, 30 dari Kumpulan Rawatan MRM Kelompok, dan 30 dari Kumpulan Kawalan) dalam kalangan pelajar rendah pencapaian akademik di sebuah Universiti Swasta. Subjek Kumpulan Rawatan didedahkan dengan Intervensi MRM sebanyak sepuluh sesi yang mengambil masa sepuluh minggu. Instrumen Rosenberg Self-Esteem Scale dan Achievement Goal Questionnaire, serta gred keputusan trimester digunakan untuk mengukur penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester dalam ukuran praujian dan pascaujian. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratusan dan min, serta analisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA, ujian ANCOVA, dan ujian Mann Whitney U. Hasil kajian menunjukkan Intervensi MRM dapat meningkatkan penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester bagi Kumpulan Rawatan berbanding Kumpulan Kawalan. Intervensi ke atas Kumpulan Rawatan MRM Kelompok didapati lebih berkesan berbanding Kumpulan Rawatan MRM Individu. Kesimpulannya, Modul Rakan Mentor terbukti berkesan meningkatkan penghargaan kendiri, motivasi dan gred keputusan trimester dalam kalangan pelajar rendah pencapaian akademik. Kajian ini memberikan implikasi bidang latihan rakan mentor dalam bimbingan pementoran di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)