UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis konsepsi dan amalan pengajaran guru terhadap penyelesaian masalah Matematik di sekolah menengah atas, Palembang

AVAILABLE Thesis 1564 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis konsepsi dan amalan pengajaran guru terhadap penyelesaian masalah Matematik di sekolah menengah atas, Palembang
Type
Thesis
Main Author
Hiltrimartin, Cecil
Subject
QA Mathematics
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis konsepsi dan amalan pengajaran dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Atas (SMA) terhadap penyelesaian masalah matematik di Palembang. Seramai enam orang guru matematik SMA di Palembang sebagai responden di pilih dengan teknik persampelan bertujuan. Kaedah temu bual secara separa berstruktur dan pemerhatian digunakan bagi mengumpul data. Pemerhatian terhadap guru di jalankan sebanyak tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp). Temu bual di jalankan sebelum dan selepas bagi setiap sesi pdp. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah masih belum jelas. Konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah bertambah baik setiap kali temu bual di jalankan. Kebanyakan guru menyatakan penyelesaian masalah merupakan aplikasi matematik bagi murid. Namun begitu, responden juga menunjukkan perubahan secara berperingkat dengan menyatakan penyelesaian masalah sebagai satu alat memahami konsep matematik yang baharu. Kebanyakan guru mengamalkan kaedah penyelesaian masalah terhadap murid secara berkumpulan dan mengambil masa yang lebih lama. Kaedah ini secara am dapat membantu murid menyelesaikan masalah. Kesimpulannya konsepsi guru terhadap penyelesaian masalah matematik mempengaruhi amalan pengajaran guru di dalam bilik darjah. Kajian ini memberi implikasi bahawa konsepsi dan amalan pengajaran yang dipamerkan guru adalah sangat penting dan mampu membantu murid dalam mengukuhkan pembelajaran penyelesaian masalah matematik dan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.