UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat sosialisasi kesenian visual
masyarakat suku kaum Jah Hut melalui pendekatan kebudayaan. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti serta meneliti setiap fungsi dan proses sosialisasi kesenian
visual yang berlaku. Melalui objektif ini juga, perilaku yang terbentuk daripada proses
sosialisasi dapat dikemukakan dengan hasil kerja lapangan yang dijalankan. Kesenian
yang ada merupakan salah satu seni warisan turun temurun serta satu keperluan
kehidupan kepada mereka. Pendekatan kualitatif melalui kajian kes ini menerangkan
secara deskriptif sosialisasi kesenian visual melalui pendekatan kebudayaan mereka.
Batasan kajian ini merujuk kepada kawasan kajian yang hanya dijalankan di kawasan
perkampungan masyarakat suku kaum Jah Hut yang terdapat di Jerantut dan Temerloh.
Kaedah kajian yang digunakan dalam pengumpulan data seperti temu bual tidak
berstruktur, pemerhatian, analisis dokumen dan rakaman visual digunakan bagi
menjawab setiap persoalan yang dikemukakan. Dapatan kajian yang diperoleh
menunjukkan kesenian visual yang ada telah diwarisi daripada nenek moyang mereka
lagi. Penghasilan seni ukiran patung kayu mempunyai kegunaan dan kepercayaannya
yang tertentu. Begitu juga dengan seni anyaman yang dihasilkan turut mempunyai
keunikan serta mengalami pembaharuan dalam penghasilan penggunaan bahan.
Persekitaran yang mempengaruhi kehidupan membuatkan setiap hasil karya mereka
mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Kesimpulannya, sosialisasi kesenian
visual yang berlaku, telah melalui peringkat pembelajaran berterusan dengan setiap
ilmu yang diperoleh terus diwarisi sehingga kini. Implikasi kajian menunjukkan
kesenian visual dalam kalangan suku kaum Jah Hut ini haruslah dipelihara dan dijaga
kelestariannya agar identiti kesenian ini dapat dikekalkan selain dijadikan bahan
sumber rujukan kepada masyarakat umum. Dengan adanya kajian ini, diharapkan hasil
ini dapat membantu pengkaji dan generasi baru mereka untuk meneroka serta
meningkatkan lagi usaha bagi melakukan penambahbaikan dalam seni visual
masyarakat suku kaum Jah Hut yang sedia ada. |
References |
A. Wahab Hamzah (2015), Globalisasi Dan Cabaran Budaya Di Malaysia, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara. Kuala Lumpur.
Abd, A. R. (2003). Rashid. Falsafah Budaya dalam Pendidikan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2001). Nilai-nilai murni dalam pendidikan: Menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru. Utusan Publications.
Adin, E. H., & Arshad, M. Z. (2015). Isu Pendidikan Seni Visual Etnik Penan di Baram, Sarawak: Satu Tinjauan Awal. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 3.
Ahmad, C. N. C., Osman, K., & Halim, L. (2014). Persekitaran pembelajaran: aspek fizikal dan psikososial. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Ahmadi, A. (2004). Sosiologi Pendidikan, Jakarta: PT. Rineka Cipta.
Al Ahmadi, A. R., & rumpun budaya Melayu, T. (2004). Kementerian Kebudayaan. Kesenian dan Warisan Malaysia.
Ali, Z. (2012). Teori-Teori Seni: Bacaan Pilihan. Malaysia: Perpustakaan Negara Malaysia.
Ali, Z. (1989). Seni dan seniman: esei-esei seni halus. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Alsagoff, S. A. (1985). Sosiologi pendidikan. Longman Malaysia.
Asli, J. H. E. O. (2005). Kehidupan, budaya & pantang larang Orang Asli. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Kementerian Pembangunan Luar Bandar: Kuala Lumpur.
Awang, H. W. (2010). Sinergi dalam pengurusan sekolah. PTS Professional.
Baharuddin, S. A. (2008). Modul hubungan etnik . Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi MARA.
Bon, A. T., Abdullah, M. A., Othman, H., Mohd Salleh, B., Mustafa, S., Hashim, R., & Sulaiman, A. (2003). Kenali Kami Masyarakat Orang Asli di Malaysia. Penerbit UTHM.
Bailey, K. D., & Awang, H. (1992). Kaedah penyelidikan sosial. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baiti, N. (2013). Tradisi dan kepercayaan orang Asli Jah Hut di Kampung Penderas, Temerloh.
Bon, A. T., Abdullah, M. A., Othman, H., Mohd Salleh, B., Mustafa, S., Hashim, R. & Sulaiman, A. (2003). Kenali Kami Masyarakat Orang Asli di Malaysia. Penerbit UTHM.
Budianto, I. M. (2007). Memahami Seni dan Estetika: Dharsono Sony Kartika dan Nanang Ganda Perwira. Pengantar Estetika (Bandung: Rekayasa Sains, 2004). x+ 227 halaman. Wacana, 9(1), 124-126.
Dawi, A. H. (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Quantum Books. Tanjung Malim
Deraman, A. A (1994). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia: suatu pengenalan latar belakang dan sejarah ringkas. Cahaya Pantai (M).
Deraman, A. A (2005). Asas pemikiran kebudayaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan. DBP. Dharsono, S. K., & Nanang, G. P. (2004). Pengantar Estetika. Bandung: Rekayasa Sains. Bandung.
Dick Hartoko (1984) Manusia dan Seni, Kanisius (anggota IKAPI)
Din, A. (Ed.). (2007). Asas kebudayaan dan kesenian Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Edinin, R. (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Freemind Horizons.
Edo, J. (1990). Tradisi lisan masyarakat Semai (Vol. 16). Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Etnobotani, S. K. (1995). Ke arah menghidupkan penggunaan tradisional tumbuh - tumbuhan tempatan: prosiding Seminar Kebangsaan Etnobotani Pertama , Serdang, 16-18 September 1991/editor, Teh Kang Hai.
Faisal, S. (2001). Format-Format Penelitian Sosial, PT. Raja Grafindo Persada: Jakarta. Hlm, 33.
Freedman, K. J., Hernandez, F. H. Y., & y Hernández, F. H. (Eds.). (1998). Curriculum, culture, and art education: Comparative perspectives. American Psychiatric Pub.
G.Duncan Mitchell (1982) Sosiologi Pengkajian Sistem Sosial, Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur.
Galeri Petronas (2015) Siri Monograf Seni Jilid 1 Galeri Petronas KLCC Kuala Lumpur.
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (1992). Educational research: Competencies for analysis and application.
Geertz, C. (2008). Tafsiran Budaya. ITBM.
Geertz, G. (1974). The Interpretation of Cultures: Selected Essays (Kebudayaan dan Agama). 1992. Penterjemah Francisco Budi Hardiman. Yogyakarta: Kanisius.
Haji Taha, A. (2006). Orang Asli: the hidden treasure. Department of Museums, Malaysia.
Hamid, M. J. A. (2008). Apresiasi dan Kritikan Seni Visual. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim Perak .
Hamid, M. J. A., & Laza, H. (2013). Estetika seni visual. Penerbit UPSI.
Hamidah, Y., Jamal, Y., & Khalip, M. (2014). Kaedah Penyelidikan Pengurusan Pendidikan. Perak: Universiti Pendidikan Siltan Idris.
Hanapi, M. H. M., Zakaria, N., & Saludin, M. R. (2015). Bahasa dalam matera mengikut budaya melayu. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 3(1), 75-91.
Hartoko, D. (1984). Manusia dan seni. Penerbit Kanisius, Yogyakarta.
Hasan, M. Y. (2013). Ikon kesusasteraan: pemikiran global 11 sasterawan negara Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hashim Awang, A. R. (1998). Budaya & Kebudayaan: Teori, Isu dan Persoalan. Kuala Lumpur: Citra.
Hassan, H. (2014) Perubahan Sosial Budaya Dalam Masyarakat, Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Malaysia,
Holaday, D., Ping, C. W., & Seong, T. B. (2003). Bes Hyang Dney and Other Jah Hut Stories. Center for Orang Asli Concerns, Subang.
Husain, A.H (2014) Kumpulan Artikel Bunga Rampai-Seni Pendidikan & Kebudayaan, Malim Sarjana, Tanjong Malim Perak.
Husin, K. H., & Azhar, K. (1994). Asas pendidikan I:(dinamika sekolah dan bilik darjah). Longman Malaysia.
Hussin, S. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim, M. N., & Hassan, I. (2003). Pendidikan seni: untuk maktab & universiti. PTS Publications & Distributors.
Idid, S. A (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. DBP
Idi, H. A. (2020).Sosiologi Pendidikan Individu, Masyarakat, dan Pendidikan. Jakarta: Rajawali Pers.
Ihromi, T. (1999). Bunga rampai sosiologi keluarga. Yayasan Obor Indonesia.
Ishak, R. B., Ghani, M. F. B. A., & Siraj, S. (2017). Amalan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah berprestasi tinggi. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(2), 52-60.
Ismail, M. F. (2016) Nilai Budaya Dalam Cerita Rakyat Masyarakat Orang Asli Temiar Di Gua Musang, Kelantan Malaysia UPM.
Ismawati, E. (2012). Ilmu Sosial Budaya Dasar. Penerbit Ombak.
Kaplan, D., Manners, A. A., & Simatupang, L. (1999). Teori budaya. Pustaka Pelajar.
Kleden, I. (1987). Sikap ilmiah dan kritik kebudayaan. Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial.
Knobler, N. (1985). Dialog Seni Tampak , diterjemahkan oleh Zakaria Ali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Koentjaraningrat. (1983). Pengantar ilmu antropologi. Aksara Baru, Jakarta. Lebar, M. S. (2007). Sosiologi–Sekolah dan Pendidikan. Selangor: Thinker’s Library Sdn. Bhd.
Lebar, O. (2006). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Lim, H. (1997). Orang Asli, forest and development (No. 43). Forest Research Institute Malaysia.
Lisa, R. (2010). Maschandra dan Rusman Iskandar. Analisis Data Kualitatif Model Miles dan Huberman, Program Studi Magister Pendidikan Kejuruan Fakultas Teknik Universitas Negeri Padang.
Macionis, J. J., & Gerber, L. M. (1997). Sociology. New Jersey: Parentice Hall.
Ma’rof, R., & Sarjit, S. (2008). Orang asli: isu, transformasi dan cabaran. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Mail, R., & Raman, S. R. (2014). Penyelidikan peringkat sarjana: Pendekatan kualitatif sebagai alternatif. Penerbit Universiti Malaysia Sabah.
Makassar, (2011) Diperoleh pada 5, Januari, 2015 daripada: https://laensugi.wordpress.com/2012/02/29/sosialisasi-sosiologi-10/
Marzali, A. (2017). Agama dan kebudayaan. Umbara, 1(1).
Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1992). (Terjemahan Tjetjep Rohendi Rohidi). Analisa data kualitatif buku sumber tentang metode-metode baru.
Mochtar, B. (1994). Pendidikan dalam Pembangunan. Yogyakarta: Tiara Wacana Yogya.
Mohammad Aslam, M. M., & Abdullah, S. (2004). Pembentukan nilai-nilai murni masyarakat Semai melalui konsep pandang dunia (world view): Satu analisis awal.
Mohd. Johari Abd. Hamid. (2004). Falsafah dan kritikan seni. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Yusoff, S. H. (2016). Inovasi media TMK dalam pendekatan pembelajaran dan pengajaran pendidikan seni visual berasaskan gaya belajar visual/Siti Hayati Haji Mohd Yusoff.
Muzium, J.M.N (2000) Profil Masyarakat Pribumi Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Nasir, A. H (1938) Wood carving Malaysia – Malaya, Muzium Negara Malaysia.
Nasir, A. H. (1987). Traditional Malay wood carving. Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education of Malaysia.
Newall, D., & Pooke, G. (2008). Art History: The Basics. Routledge.
Ngah, K., & Akhir, R. M. (1990). Kaedah penyelidikan: panduan mudah kerja luar. Fajar Bakti.
Noor, A. S. M. (2007). Sejarah kesedaran visual di Malaya. Penerbit Universiti, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Noor, M. M., Aziz, A. R. A., & Lee, M. A. I. A. (2006). Hubungan etnik di Malaysia. Pearson Malaysia.
Nordin, A. B. (1986). Asas penilaian pendidikan. Heinemann.
Nordin Selat, A. H. (2015). Sistem sosial adat perpatih. Akademia.
Omar, A. H. (2008). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Osman, M. T., & Yusoff, K. (1983). Kajian Budaya dan masyarakat di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia.
Othman, O. (2010). Transformasi Sosial Masyarakat Orang Asli: Satu Kajian Kes di Perkampungan Orang Asli RPS Betau, Kuala Lipis, Pahang (Doctoral dissertation, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya).
Othman, L. (2014). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Tanjung Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Poerwanto, H. (2000). Kebudayaan dan lingkungan: dalam perspektif antropologi. Pustaka Pelajar.
Poerwanto, H. (1999). Asimilasi, Akulturasi, dan Integrasi Nasional. Jurnal Humaniora, 11(3), 29-37.
Prawira, N. G. (2009). Kesenian Dalam Pendekatan Budaya. Asesor Badan Akreditasi Nasional Perguruan Tinggi.
Rasdi, M. T. H. M. (2008). Seni Bina: Sejarah, Teori dan Kritikan. Penerbit UTM Press.
Rashid, N. A., Boon, P. Y., Ahmad, S. F. S., & Majid, Z. A. (2014). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar.
Rofli, N., & Khoo, E. (2009). Kebudayaan Malaysia Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara
Rohana, Y. (2004). Penyelidikan Sains Sosial. Bentong: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Rohendi Rohidi, T. (2011). Metode Penelitian Seni. Semarang: Cipta Prima Nusantara Semarang.
Rohidi, T. R. (2000). Ekspresi seni orang miskin: Adaptasi simbolik terhadap kemiskinan. Nuansa.
Rohidi, T. R. (2000). Kesenian dalam pendekatan kebudayaan. STISI Press
Sachari, A. (2002). Sosiologi Desain. Penerbit ITB.
Sahid, R. (2011). Analisis data penelitian kualitatif model Miles dan Huberman. Surakarta: UMS.
Stapa, Z., Ismail, A. M., & Yusuf, N. (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri (Social environmental factors and their relation to identity formation). Jurnal Hadhari: An International Journal, 155-172.
Selat, N. (1989). Konsep asas antropologi. Dewan Bahasa Dan Pustaka Publisher Kuala Lumpur
Setiadi, E. M. (2019). Ilmu sosial dan budaya dasar.
Soekanto, S. (2009). Sosiologi keluarga tentang ikhwal keluarga, remaja, dan anak . Rineka Cipta.
Soemardjan, S. (1991). Perubahan Sosial. Yogyakarta: Gadjah Mada University.
SP. Gustami (2000) Seni Kerajinan Mebel Ukir Jepara kajian Estetika Melalui Pendekatan Multi disiplin, Kanisius Anggota IKAPI.
Spradley, J. P., Elizabeth, M. Z., & Amirudin. (1997). Metode etnografi. Tiar Wacana Yogya.
Sujarwa. (1999). Manusia dan fenomena budaya: menuju perspektif moralitas agama. Universitas Ahmad Dahlan.
Sulaiman, A., & Abdullah, M. (2005). Kenali kami: kajian terhadap gaya hidup masyarakat Orang Asli di laluan rentasan antara Tanah Rata, Cameron Highlands.
Sumardjo, J. (2000). Filsafat Seni, Bandung: Penerbit ITB.
Supardi, M. Pd. (2011) Dasar-dasar Ilmu Sosial, Ombak, Yogyakarta.
Susanto, B. (1992). Tafsir Kebudayaan. Yogyakarta: Kanisius.
Sutrisno, M., & Putranto, H. (2005). Teori-teori kebudayaan. Kanisius.
T.O. Ihromi,(1980). Pokok-pokok Antropologi Budaya, Yayasan OBOR Indonesia.
Triyono, U. (2019). Kepemimpinan Transformasional dalam Pendidikan :( Formal, Non Formal, dan Informal). Deepublish.
Werner, R. (1975). Jah-hĕt of Malaysia: Art and Culture. Penerbit Universiti Malaya.
Widyosiswoyo, S. (2000). Sejarah Kebudayaan Indonesia. Penerbit Universitas Trisakti.
Yaakub, N. F. (1987). Pengantar sosiologi. Fajar Bakti.
Yahaya, F. H. (2008). Pendidikan Masyarakat Orang Asli. Orang Asli-Isu, transformasi dan cabaran, 2008.
Yusof, H., Yunus, J., & Musa, K. (2014). Kaedah penyelidikan pengurusan pendidikan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Yusof, R. (2014). Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |