UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis ritual pelian dan peralatan yang digunakan
oleh manang serta menganalisis fungsi puisi pelian yang didendangkan oleh manang
dalam upacara penyembuhan penyakit di daerah Pakan, Sarawak. Kajian ini
menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian lapangan dan analisis.
Teori Arketaipal telah dimanfaatkan untuk mengupas jenis puisi pelian dan peralatan
yang digunakan oleh manang. Teori Budaya dan Teori Fungsionalisme telah digunakan
untuk menjelaskan fungsi pelian ini dalam masyarakat Iban. Data telah dikumpul melalui
pemerhatian penuh dan temu bual mendalam. Enam orang informan terdiri daripada
manang yang pakar dalam ritual pelian dan upacara penyembuhan menjadi subjek kajian.
Data dari pemerhatian dan temu bual dianalisis menggunakan kaedah Model Spradley
dan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manang menggunakan enam
jenis puisi pelian penyembuhan dan enam jenis peralatan untuk menyokong ritual yang
dilakukan. Puisi pelian berfungsi untuk menjaga kesihatan dan ketenteraman,
mencerminkan pemikiran dan budaya, mengekalkan perpaduan, dan menjadi sumber
hiburan di kalangan pengikut ritual pelian. Puisi pelian merupakan penawar kepada
gangguan hantu, mimpi buruk dan penyakit rohani. Kesimpulannya, puisi pelian
berfungsi untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit rohani dan jasmani serta
mengekalkan hubungan sosial dan keharmonian dalam masyarakat Iban yang
mengamalkan animisme. Implikasinya ialah puisi pelian sebagai satu genre puisi
invokasi, telah mengayakan korpus kesusasteraan kaum Iban, selain dijadikan sumber
rujukan dan inspirasi kepada generasi muda untuk menghargai dan memelihara puisipuisi
tradisional masyarakatnya. |
References |
Aishah @ Eshah Mohamed, & Abd Aziz Bidin. (2012). Tumbuhan dalam upacara pembomohan: Kes main teri di Kelantan. Geographia Malaysian Journal of Society and Space, 8(4), 56-63.
Alwisol. (2004). Psikologi kepribadian. Universitas Muhammadiyah Press.
Awang Azman Awang Pawi. (2013). Weltanschauung dan manifestasi kepercayaan tradisi etnik di Sarawak. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 6(2). 139-154.
Azhar Ibrahim Alwee. (2006). Pembomohan dan kebertahanannya: Suatu tinjauan kritis. The Reading Group
Azlina Musa, & Yusmilayati Yunos. (2011). Simptom-simptom penyakit dalam main teri: Satu kajian kes di Kampung Pasir Mas. Jurnal Melayu, 8, 233-249.
Baring-Gould, S., & Bampfydle, C. A. (1909). A history of Sarawak under its two white rajahs. H. Sotheran.
Barrett, R. (1993). Performance, effectiveness and the Iban manang. In Robert Winzeler (eds.) The seen and the unseen: Shamanism, mediumship and possession In Borneo, 2, 231–275.
Benedict Sandin. (1967). The Sea Dayaks of Borneo before white rajah rule. Macmillan.
Chemaline Osup. (2006). Leka main: Puisi rakyat Iban - satu analisis tentang bentuk dan fungsi (Unpublished doctoral dissertation). Universiti Sains Malaysia.
Chemaline Osup. (2010, April). Motivasi: Dayak enda patut dikumbai dan lain-lain. Majalah Pegari, 34, 25-37.
Chemaline Osup. (2011). Litaricha Iban. Pegari Iban Production.
Chemaline Osup. (2011). Waris daya idup Iban. (vol.1). Pegari Iban Production. Christensen, H. (2002). Ethnobotany of the Iban & Kelabit. Forest Department Sarawak, Malaysia. University of Aarhus.
Chua, Y. P.(2013). Mastering research statistics. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan statistik penyelidikan buku1: Kaedah penyelidikan (ed. ke-3). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Dennick-Brecht, K. (2000). Study guide for Anderson and Taylor's sociology: Understanding a diverse society, Wadswort Thomson Learning.
Denzin, N. K. (2001). Handbook of qualitative research (2ⁿᵈ ed.). Sage Publications Ltd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2015). Kamus Iban-Melayu dewan (ed. ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Firth, R. (1975). A dictionary of the social sciences (Gould, J. & Kolb, W., Ed.). Free Press.
Geertz, C. (2017). The Interpretation Of Cultures (revised edition). Basic Book.
Ghazali Darusalam, & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan amalan dan analisis kajian. Penerbit Universiti Malaya.
Gomes, E. H. (2004). Seventeen years among the Sea Dyaks of Borneo. Natural History Publications.
Graham, P. (1983). The power of transcendence: An analysis of the literature of Iban shamanism. (Unpublished master’s thesis). Australian National University.
Grimaldi, S. (2011). In search of traditional shamans: Daur of inner Mongolia, China, and the Tsaatan reindeer people of Mongolia. Journal of the Foundation for Shamanic Studies, 24, 22-28.
Haliza Mohd. Riji. (2005). Prinsip dan amalan dalam perubatan Melayu. Penerbit Universiti Malaya.
Haliza Mohd. Riji, & Shamsuddin Ahmad. (2014). Kaedah penyelidikan kualitatif. Universiti Putra Malaysia Press.
Hardin, F. (1989). Archetypal Criticism. In Douglas A. (ed.). Contemporary literary theory. University of Massachusetts. 42-59.
Haron Daud. (2001). Mantera Melayu: Analisis pemikiran. Universiti Sains Malaysia.
Haron Daud. (2010). Oral traditions of Malaysia: A discussion of shamanism. Wacana, 12(1), 181-200.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1985). Glosari mini kesusasteraan. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Hashim Awang. (2007). Bomoh di Kelantan: Dahulu dan sekarang. Dalam Abdullah Zakaria Ghazali & Zahir Ahmad (ed.). Persatuan Muzium Malaysia.
Hoppal, M., & Sipos, J. (2010). Shaman songs. International Society of Shamanistic Research.
Ismail Said Hussin Abdullah. (2009). Pengajian sosial 2: Siri pendidikan perguruan, Karisma Publications. Sdn.Bhd.
Jahid Sidek. (2004). Berpawang dan bersahabat dengan jin daripada perspektif Islam. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Janang Ensiring, Robert Menua Saleh, Sutlive, J. V., & Sutlive, V. H. (2016). A comprehensive Iban-English dictionary. The Tun Jugah Foundation.
Jantan Umbat. (2018). Sugi sakit gerai bai pengerindu. The Tun Jugah Foundation.
Jung, C.G. (1951). Psychology of the unconscious. Routledge.
Jung, C.G. (2003). Memories, dreams, and reflection. (Eds.). Jendela.
Lena Farida Hussain Chin, & Mohd Kipli Abdul Rahman. (2017). Berasik healing ritual performance: Illness etiology perspectives amongst Bajau Sama natives’ practices. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(11), 233-245.
Ling, C. C. (2005). Shalaoyue yiban zu de minsu, shuochang yishu ji qi huazu wenhuasecai. Sarawak Chinese Cultural Association.
Low, K. O., & Azlan Shafie Abdullah. (2014). Bhabul dan hubungannya dengan kepercayaan Bhiruhui etnik Rungus di Sabah. Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities, 21(1), 73-102.
Macionis, J. J. (1987). Sociology. Prentice Hall.
Mahony, I. (2002). The role of dukun in contemparary East Jawa: A case of Banyuwangi dukun. (Unpublished thesis). University of Muhammadiyah,
Mana Sikana. (2007). Teras sastera Melayu tradisional. Pustaka Karya.
Margaret Linggi. (2001). Ties that bind: Iban ikat weaving. The Tun Jugah Foundation. Maryati
Mastrawijaya. (1993). Sepintas tentang mantra dalam lembaran sastra. Siri Penerbitan Ilmiah Universitas Indonesia.
McCormick, C. M. (2011). Saadaka: An aspect of shamanism, spiritual power and pollution in Okinawa. (Unpublished Master’s thesis). Auburn University.
Mendo a-Strobel, L. (2010). Babaylan: Filipinos and the call of the indigenous. Ateneo de Davao University.
Mohd. Kipli Abdul Rahman (2015) Bebayuh: From healing ritual to traditional performance. IJASOS-International E-Journal of Advances in Social Sciences, 1(2), 136-141.
Mohd. Kipli Abdul Rahman. (2016). Dimensi ruang kosmos tarian dabus: Amalan Penyucian dan Penyembuhan. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 9(1), 32- 44.
Mohd. Kipli Abdul Rahman. (2016). Persembahan Saba: Suatu ritual penyembuhan dari perspektif Kosmologi. Geografia OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space, 12(8), 22-33.
Muhammad Irfan Syuhudi. (2015). Sanro Makassar: Mekanisme pengobatan dan strategi mempertahankan pasien. Jurnal Walasuji, 6, 61-72.
Nalong Buda, & Johnny Chuat. (2007). Gerempung jerita tuai bansa Iban. Pegari Iban Production.
Nalong Buda, & Johnny Chuat. (2011). Iban pegai Rajah Brooke (ed. ke-2). Pegari Iban Production.
Nik Azis Nik Pa. (2014). Penghasilan disertasi berkualiti dalam pendidikan matematik. Universiti Malaya.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (ed. ke-2). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Normadiah Nassir, Low, K. O., Ismail Ibrahim, & Supyan Hussin. (2017). Unsur kepercayaan tempatan dalam memorat perubatan tradisional etnik Murut Tahol di Sabah. Kemanusiaan the Asian Journal of Humanities, 24(2), 59-88.
Nur Aqidah A. Aziz, Mardiana Idayu Ahmad, Darlina Md. Naim, & Haron Daud. (2013). Main pateri dan persekitaran fizikal: kajian kes di Kampung Jedok, Ayer Lanas, Kelantan. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 6(2), 170-189.
Othman Lebar. (2015). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod (ed. ke-2). Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Penkala-Gawecka, D. (2014). The way of the shaman and the revival of spiritual healing in post-Soviet Kazakhstan and Kyrgyztan. Shaman Spring / Autumn 2014 Journal, 22, 1-2.
Pilz, A. (1988). Manang Jabing Anak Incham: a study of an Iban healer, Sarawak. D. Reimer.
Pringle, R. (2010). Rajahs and rebels: The Ibans of Sarawak under Brooke rule, 1841- 1941 (2ⁿᵈ Ed.). UNIMAS.
Richards, A.J. (1981). An Iban-English dictionary. Clarendon Press.
Robert Menua Salleh, Jantan Umbat, Janang Ensiring, & Sather, C. (2015). Pelian (2ⁿᵈ Ed.). The Tun Jugah Foundation.
Robson, C. (2013). Real world research: A resource for social scientists and practitioner researchers (3ʳᵈ ed.). Blackwell.
Rohana Yusof. (2010). Asas sains sosial: Dari perspektif sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosnah Mustafa, Radina Mohd Deli, Monaliza Sarbini-Zin, & Wan Robiah Meor Osman. (2013). Amalan perubatan masyarakat Melayu Sarawak. Procedia- Social ang Behavioral Sciences, 134(2014), 316-322
Saidatul Nornis Mahali. (2018). Ngalai: Ritual penyembuhan dalam kalangan orang Bajau di Kota Belud. Akademika, 8(3), 101-112.
Salazar, Z. (2001). Ang babaylan sa kasaysayan ng Pilipinas. In Women’s roles in Philippine history: Selected essays. University of the Philippines, Quezon City.
Sather, C. (2001). Seeds of play, words of power: An ethnographic study of Iban shamanic chants. The Tun Jugah Foundation.
Scott, W. S. (1972). Five approaches of literary criticism. Collier Books.
Siikala, A. (1978). The rite technique of the Siberian shaman. Folklore Fellows Communications, 220.
Stevens, J., & Stevens, L.S. (1988). Secret of shamanism: Tapping the spirit power within you. Avon Books.
Sugiyono. (2005). Memahami penelitian kualitatif. CV Alfabeta.
Sutlive, V., & Sutlive, J. (1994). Handy reference dictionary of Iban and English. The Tun Jugah Foundation.
Sutlive, V., & Sutlive, J. (2001). The encyclopaedia of Iban studies. Iban history, society and culture. (Vol.I, pp. 1-674). The Tun Jugah Foundation.
Sutlive, V., & Sutlive, J. (2001). The encyclopaedia of Iban studies. Iban history, society and culture. (Vol.II, pp.675-1301). The Tun Jugah Foundation.
Suwardi Endraswara. (2006). Metodologi penelitian kebudayaan. Gadjah Mada University Press.
Suwardi Endraswara. (2009). Metodologi penyelidikan folklor. Terbitan Medpress.
Syed smail Syed Mustapa, & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Tan-Mansukhani, R. (2017, February). Shamanism, dreaming, healing: Some case illustrations. Paper presented at the 10th DLSU Arts Congress, De La Salle University.
Werner, R. (1986). Bomoh-Poyang: Traditional medicine and ceremonial art of the aborigines of Malaysia. University of Malaya.
Werner, R. (1993). Transcultural healing: The whole human. University of Malaya.
Werner, R. (2013). Culture of healing in Malaysia: Diagnostic procedures of the Iban manang. University of Malaya.
Werner, R. (2013). Culture of healing in Malaysia: Iban manang and lemambang. University of Malaya.
Yang, J. (1988). Korean shamanism: The training process of charismatic ‘Mudang’. Folklore Forum, 21(1):20-40.
Yeon Amsalie @ Amsalib Pisali, Sharifuddin Zainal, Humin Jusilin, & Mestrah Lauk. (2017). Persembahan tarian panangsang dalam ritual penyembuhan masyarakat bajau laut. Jurnal Gendang Alam,7, 1051.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |