UPSI Digital Repository (UDRep)

Kemahiran berfikir menggunakan teknik 7S dalam penulisan murid orang asli di sekolah rendah

AVAILABLE Research Report 873 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information Cached
Title
Kemahiran berfikir menggunakan teknik 7S dalam penulisan murid orang asli di sekolah rendah
Type
Research Report
Main Author
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi
Additional Authors
  • Norazimah Zakaria
  • Norazilawati Abdullah
  • Mohd Nazir Md Zabit
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2019
Degree Type
Others
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini adalah usaha untuk melihat penggunaan teknik 7S iaitu melalui kata kunci akronim 7S (Sekolah, Sabtu, Sebelum, Semasa, Suasana, Selepas, Sangat) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu penulisan dalam kalangan murid Orang Asli di sekolah rendah. Menurut Abdullah Hassan (1987), kegagalan dalam merancang dan menentukan teknik pengajaran bahasa Melayu menyebabkan isi pelajaran gagal disampaikan secara berkesan. Berdasarkan kajian lepas, kualiti pengajaran merupakan aspek penting dalam menarik minat dan meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan teknik 7S dengan kaedah didik hibur agar dapat membantu murid-murid Orang Asli menulis karangan berpandukan rangka karangan. Seterusnya, mempermudahkan murid-murid menulis karangan dengan mengemukakan idea yang menarik, huraian yang mantap berserta contoh dan penyampaian yang menarik. Ini bersesuaian dengan saranan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia melalui kupasan mutu jawapan UPSR 2017 iaitu guru perlu membimbing murid yang belum menguasai penulisan dengan memberikan bimbingan dan pendedahan pelbagai teknik mengarang. Kajian ini secara keseluruhannya memilih untuk menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bagi menyelongkari dan memahami permasalahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah, kaedah atau pendekatan yang boleh diguna pakai dalam usaha menarik minat muridmurid Orang Asli untuk mempelajari bahasa Melayu selain bahasa ibunda mereka.

References

Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan-Pendekatan Kontemporari.

Kuala Lumpur: Mc Graw Hill


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.