UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Ma'amor Yusoff
Title :Penerapan unsur-unsur Islam aqidah, syariah dan tasawwuf dalam novel Mahabbah, Ayat-ayat Cinta dan Dunia Bukan Kita punya berdasarkan teori taabudiyah dan teksdealisme
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini membicarakan tiga buah novel daripada tiga orang pengarang iaitu Mahabbah karya Shahon Ahmad, Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy dan Dunia Bukan Kita Punya karya Suratman Markasan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penerapan unsur-unsur Islam dan mutu serta keunggulan karya-karya tersebut. Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah menggunakan dua teori secara elektikal atau penggabungan iaitu teori taabudiyah sebagai teori induk dan teori teksdealisme sebagai teori sokongan. Untuk melihat unsur-unsur Islam yang terkandung di dalam teks kajian, pengkaji menggunakan teori taabudiyah manakala untuk melihat mutu dan keunggulan teks, pengkaji menggunakan teori teksdealisme. Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa sastera Islam ialah hasil kesusasteraan yang bernilai Islamiah. Ia adalah merupakan gambaran yang ditimba daripada masyarakat dan bertujuan untuk memberi didikan serta bimbingan ke arah menghayati nilai-nilai yang lebih sempurna. Justeru itu dalam pembicaraan teks sastera Islam unsur-unsur, pemikiran dan juga pengajaran yang terkandung di dalamnya haruslah tidak menyimpang daripada dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Hadis. Di sini dapat ditemui bahawa unsur-unsur sastera Islam itu merangkumi aspek aqidah, syariah dan tasawwuf. Ia harus dapat mengarahkan kepada pembentukan moral dan berpaksikan kepada tauhid lantaran falsafah ini adalah merentasi segala aspek dan ruang lingkup keilmuan Islam. Dalam novel-novel kajian, pengkaji dapat menemui unsur-unsur tersebut. Hasil daripada kajian juga didapati pemikiran penting yang cuba disampaikan oleh pengarang-pengarangnya ialah tentang keagamaan, kemasyarakatan, dakwah dan perjuangan. Di samping itu juga hasil kajian ini telah membuktikan karya-karya ketiga-tiga pengarang tersebut memiliki sifat-sifat unggul kerana telah mematuhi prinsip-prinsip teori teksdealisme iaitu prinsip kehadiran, perlanggaran dan pengukuhan. Keunggulan karya-karya mereka turut mengungguli diri mereka sehingga memperlihatkan kepengarangan atau keperibadian berdasarkan prinsip individualisme. Karya-karya mereka memperlihatkan sifat pengarang yang berani dan bijaksana dalam mengemukakan idea yang baru dan mempunyai kelainan. Kedewasaan dan kematangan dalam berkarya diperlihatkan melalui pemikiran, watak dan aliran yang sentiasa mendapat peneguhan mereka sehingga menjelmakan keperibadian pengarang-pengarangnya sendiri.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.