UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :ML Literature of music
Main Author :Tengku Ritawati Tengku Dachlan
Title :Pembangunan kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli untuk institusi pendidikan formal (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kerja lapangan dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur terhadap empat orang lagenda NLMA, kajian perpustakaan, kajian diskografi, dan nota lapangan untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Hasil daripada penyelidikan ini adalah sebuah Rancangan Reka bentuk Kurikulum (RK) dan Rancangan Instruksional (RI) Pengajaran dan Pembelajaran NLMA dalam institusi pendidikan formal mengikut format standard kurikulum yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Qualiti (BPAQ) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa budaya muzikal tempatan seharusnya mendapat tempat dalam pendidikan formal melalui proses penstrukturan yang sistematik dan pengesahan pakar. Penyelidikan ini telah menghasilkan sebuah model pembelajaran dan pengajaran merangkumi kemahiran dan pengetahuan NLMA dalam pendidikan formal yang diharapkan memberi sumbangan signifikan terhadap kelestarian NLMA pada masa hadapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)