UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Masalah dadah dan jenayah merupakan masalah yang membimbangkan banyak pihak kerana ia menggugat kesejahteraan, keharmonian dan keselamatan negara dan masyarakat. Masalah ini sejak dari dahulu sering dikaitkan dengan bangsa Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa yang lain. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti profil, pengalaman menggunakan dadah dan jenayah dalam kalangan banduan Melayu. Kajian dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif secara tinjauan keratan-lintang (crosssectional survey). Seramai 301 orang banduan Melayu yang terlibat dengan kes dadah dan sedang menjalani pemulihan dan tahanan di Jabatan Penjara Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati majoriti banduan Melayu terlibat dengan dadah dan aktiviti jenayah adalah terdiri daripada golongan muda berusia 21-39 tahun, masih bujang, pendidikan pada tahap SPM, mempunyai pekerjaan tetap sebelum dipenjarakan dan pendapatan adalah di bawah RM3,850 sebulan (B40). Berdasarkan pengalaman menggunakan dadah, kebanyakan banduan Melayu memperoleh sumber bekalan dadah daripada pihak pengedar dan usia pertama kali menggunakan dadah dalam lingkungan usia 35-30 tahun. Dadah syabu merupakan dadah popular yang digunakan oleh kebanyakan banduan Melayu dan faktor menggunakan dadah adalah disebabkan oleh inginkan keseronokan dan pengaruh kawan. Kajian juga mendapati sejumlah RM50-RM100 diperuntukan oleh banduan Melayu untuk membeli dadah dalam tempoh sehari. Berdasarkan pengalaman keterlibatan dengan jenayah, hasil kajian juga mendapati kebanyakan banduan Melayu melakukan aktiviti jenayah melebihi dua kali dalam tempoh seminggu dan mereka lebih gemar melakukan jenayah secara bersendirian berbanding secara berkumpulan. Jenis jenayah yang dilakukan oleh kebanyakan banduan Melayu adalah sebagai pengedar dadah, mencuri dan melakukan pecah rumah selain menggunakan dadah. Hasil kajian ini memberi implikasi terhadap pelaksanaan intervensi dan pengurusan banduan yang berkesan dari aspek penyediaan perkhidmatan kaunseling, kemahiran, pendidikan, pencegahan, rawatan dan pemulihan dalam kalangan banduan.
|
References |
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). (2019). Maklumat Dadah 2019. Selangor: Kementerian Dalam Negeri. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). (2012). Buku Maklumat Dadah 2012. Arikunto, S. 2006. Prosedur Penilaian Suatu Pendekatan Praktik. Edisi ke-6. Jakarta: Penerbit PT Rineka Cipta. Bao Y.P, Qiu Y, Yan S.Y, Jia Z. Y, Li S. X, Lian Z, et al. (2013). Pattern of Drug Use and Depressive Symptoms among Amphetamine Type Stimulants Users in Beijing and Guangdong Province, China. PLoS ONE 8(4): e60544. https://doi.org/10.1371/journa.pone.0060544 Breet, E., Goldstone, D & Bantjes, J. (2018). Substance use and suicidal ideation and behaviour in low- and middle-income countries: A systematic review. BMC Public Health, 18(549), 2-18. https://doi.org/10.1186/s12889-018-5425-6 Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Darke S, Kaye S, McKetin R, Duflou J. (2008). Major physical and psychological harms of methamphetamine use. Drug Alcohol Rev. 27, 253–62. https://doi.org/10.1080/09595230801923702 Darshan, S., Suresh, N., Krishnan, H., Balber, S & Balasingam, V. (2020). The relationship between amphetamine-type stimulant (ATS) use and violent crime in Penang, Malaysia: findings from a preliminary study. Drug: Education, Prevention and Policy. 1-10. https://doi.org/10.1080/09687637.2020.1833836 Ezarina Zakaria. (2020). Jenayah Jalanan dan Sumber Pekerjaan. Dlm. Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria & Norulhuda Sarnon. Jenayah Jalanan Isu, Punca dan Mekanisme Pencegahan, hlm 68-79. Bangi: Penerbit UKM Fauziah Ibrahim. (2015). Perbandingan tahap pengekalan kepulihan antara bekas klien tamat menjalani program penyingkatan CCRC dalam tempoh 6-11 bulan dan pembebasan antara 12-24 bulan. Laporan Akhir Penyelidikan Ilmiah AADK, Selangor. Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Wan Shahrazad Wan Sulaiman, Mohammad Rahim Kamaluddin dan Nazirah Hassan. (2020). Penilaian Situasi Berisiko Tinggi Relaps Terhadap Kelompok B40 Banduan Dadah. Laporan Penyelidikan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Bangi UKM. Fauziah Ibrahim. (2020). Dadah dan Penglibatan Jenayah Jalanan. Dlm. Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria & Norulhuda Sarnon. Jenayah Jalanan Isu, Punca dan Mekanisme Pencegahan, hlm 68-79. Bangi: Penerbit UKM. Fauziah Ibrahim, Suzana Mohd Hoesni, Ezarina Zakaria, Salina Nen, Norulhuda Sarnon, Khadijah Alavi, Nasrudin Subhi & Mohd Suhaimi Mohamad. (2020). Drug Abuse and the Involvement of Prisoners in Street Crimes. International Journal of Psychosocial Rehabilitation, 24(4), 4508-4516. https://doi.org/10.37200/ijpr/v24i4/pr201553 Fauziah Ibrahim, Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohamad Shatar Sabran. (2012). Penagih dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps. Journal of Sciences and Humanities Vol. 7(1): 38-49. Gallie, D., Paugam, S., & Jacobs, S. (2003). Unemployment, Poverty and Social Isolation: Is There a Vicious Circle of Social Exclusion? European Societies. 5(1): 1-32. https://doi.org/10.1080/1461669032000057668 Hafid, E. (2011). Kemiskinan (Al-Faqr) dalam perspektif hadis. Jurnal Al-Hikmah, 12 (1), 11-27. Habibie Ibrahim, Mazni Mustapha, Joki Perdani, Puteri Hayati Megat Ahmad & Nurul Hudani Md Nawi. (2018). Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam Pengasuhan Anak dan Remaja. Asian Social Work Journal, Volume 3 (5), 18–24. https://doi.org/10.47405/aswj.v3i5.61 Ismail, R., Ghazalli, M.N & Ibrahim. N. (2015). Not all developmental assets can predict negative mental health outcomes of disadvantaged youth: A case of suburban Kuala Lumpur. Mediterranean Journal of Social Sciences 6 (5), 452-461. https://doi.org/10.5901/mjss.2015.v6n5s1p452 James, N. (2015). Offender re-entry: Correctional statistics, reintegration into the community and recidivism. Report prepared for Analysis in Crime Policy at the 2015 Congress Research Service, United States James, N. (2015). Offenders re-entry: Correctional statistic, reintegration into the community and recidivism. CRS Report, Prepared for Members and Committee of Congress. Jabatan Penjara Malaysia. (2018). Statistik Banduan Kesalahan Jenayah dan Dadah. Diakses pada 10 Januari 2021. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/statistik-pelaksanaan-perkhidmatan-psikologibanduan-kesalahan-jenayah-dadah Langfield, C.T & Payne, J.L. (2021). What Factors Predict the Self-Identification of Drug Dependency Among Australian Police Detainees? Prevalence, Correlates, and Implications for the Criminal Justice System. Journal of Drug Issues. 51(1), 3-22. Marshall, B.D & Werb, D. (2010) Health outcomes associated with methamphetamine use among young people: a systematic review. Addiction 105: 991–1002. https://doi: 10.1111/j.1360-0443.2010.02932.x Mihai, M., Titan, E. & Manea, D. (2015). Education and Poverty. Procedia Economics and Finance, 32: 855 –860. https://doi: 10.1016/S2212-5671(15)01532-4 Mohamad Johdi Salleh. (2012). Permasalahan penagihan dadah: Tinjauan di pusat serenti Selangor. In Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu: International Seminar in Community Development-SAPKO Manshor, Z., Abdullah, S., & Hamed, A. B. (2020). Poverty and the Social Problems. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(3), 614–617. https://doi:10.6007/IJARBSS/v10-i3/7076 Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid. (2010). Peranan sekolah dan guru dalam pembanguan nilai pelajar menerusi penerapan nilai murni: Satu sorotan. MALIM-SEA Journal of General Studies, 11, 117-130 Njong, A.M. (2010). The effects of educational attainment on poverty reduction in Cameroon. Journal of Education Administration and Policy Studies Vol.2 (1), 1-8. https://doi: 10.5897/IJEAPS10.058 Normala Abu Hassan & Mohd Azhar Abd Hamid. (2017). Kepentingan peristiwa pencetus dalam transformasi perspektif bekas penagih dadah. Sains Humanika. 9(1-5), 93-99. https://doi: 10.11113/sh.v9n1-5.1182 Norruzeyati Che Mohd Nasir, Noor Noor Azizah Ahmad, Ahmad Shukri Abdul Hamid, Mariny Abdul Ghani & Mohd Alif Jasni. (2020). EDUCATUM – Journal of Social Science (EJOSS), 6(1), 22-32. Panjaitan, D.S., dan Daulay, W. (2012). Pola Asuh Orang Tua Dan Perkembangan Sosialisasi Remaja Di Sma Negeri 15 Medan. Jurnal Keperawatan Holistik. 1, 40-46 Ross, C. dan Wu, C.L. (1996). Education, age, and the cumulative advantage in health. Journal of Health and Social Behaviour. 37:104-120. https://doi.org/10.2307/2137234 Riordan, K. (2017). The connection between drug use and crime in Western Australia. https://ro.ecu.edu.au/theses/1973 Richard, B.F & Jeremy, S. (2015). Committing Economic Crime for Drug Money. Crime & Delinquency. 63(4), 375-390. https://doi.org/10.1177/0011128715591696 Sutcliffe C.G, German D, Sirirojn B, Latkin C, Aramrattana A, et al. (2009). Patterns of methamphetamine use and symptoms of depression among young adults in northern Thailand. Drug Alcohol Depend 101: 146–151. https://doi:10.1016/j.drugalcdep .2008.11.014 Sujit Kumar Sarker, and Faller, Erwin Martinez (2016) An exploratory framework of drug related crime in forensic sciences and criminology. Malaysian Applied Biology, 45(2), 93-97. Spohn, C. 2015. Race, crime, and punishment in the twentieth and twenty-first centuries. Crime and Justice, 44(1), 49 - 97. https://doi:10.1086/681550 Suppiah Nachiappan. (2015). Analisis Faktor Penyumbang Terhadap Penyalahgunaan Dadah dan Usaha Pemulihan dari Segi Kognisi di Pusat PENGASIH Malaysia. EDUCATUM – Journal of Social Science (EJOSS), 1(1), 34-39. Victor Isaacs, Nasir Mohamad, Liyana Hazwani Mohd Adnan, Wan Hanis Aisyah Wan Rosdi, Nor Suliana Mustafa, Nurul Farah Aina Md Fauzi & Nur Husna Zakaria. (2019). Hubungan antara Penagihan dadah dengan Keganasa Rumah Tangga. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 25: 1-14. https://doi: 10.17576/juum-2019-25-02 World Health Organization (WHO). (2016). Comprehensive mental health action plan 2013–2020. http://www.who.int/mental_ health/action_plan_2013/en/. Akses pada 15 November 2020 Wolfe, D. A., & Mash, E. J. (2006). Behavioral and emotional disorders in adolescents: Nature, assessment, and treatment. Guilford Publications. Zarina Othman & Mohamad Daus. (2015). Ancaman sindiket dadah terhadap juvenile di Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 11(1), 62-72).
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |