UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan murid dalam peribahasa bahasa
Melayu dengan menggunakan bahan multimodal di samping menarik minat murid
untuk mengikuti sesi pembelajaran peribahasa di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan
peribahasa di sekolah, mengenal pasti pendekatan PdPc guru menggunakan bahan
multimodal dan menghuraikan kesan penggunaan bahan multimodal dalam pengajaran
peribahasa bahasa Melayu terhadap pembelajaran murid. Kajian ini berbentuk kualitatif
dengan menggunakan kaedah kajian kes. Tiga teknik pengumpulan data telah
digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Tiga
orang guru bahasa Melayu terlibat sebagai peserta kajian utama, manakala murid-murid
di dalam kelas mereka turut dijadikan sebagai informan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa terdapat dua strategi yang digunakan oleh guru untuk mengajar peribahasa
bahasa Melayu menggunakan elemen bahan multimodal, iaitu strategi berpusatkan guru
dan strategi berpusatkan murid. Pendekatan PdPc yang kerap digunakan oleh guru ialah
pendekatan belajar sambil bermain dengan menggunakan bahan multimodal seperti
bahan visual, auditori dan kinestetik. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan bahan
multimodal dalam PdPc peribahasa bahasa Melayu dapat membantu mewujudkan
suasana pembelajaran yang aktif, menarik minat murid, mendorong murid untuk lebih
fokus, berfikiran terbuka, kreatif, kritis dalam menyelesaikan masalah dan turut
meningkatkan prestasi murid dalam menguasai peribahasa di dalam kelas. Secara
keseluruhannya, kajian ini memberi implikasi terhadap pembelajaran murid, iaitu dapat
mempengaruhi sikap, motivasi dan pencapaian mereka dalam pembelajaran bahasa
Melayu, khususnya dalam aspek peribahasa, serta dapat mendorong guru bahasa
Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di sekolah bersesuaian
dengan teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. |
References |
Ahmad Rizal Madar & Jailani Md. Yunos. (2005). Gaya Pembelajaran Visual Pelajar Teknikal Menerusi Pembangunan Koswer Berorientasikan Grafik dan Animasi. Batu Pahat: Universiti Teknologi Tun Hussien Onn.
Asmah Omar. (2005). Seminar Islam Hadhari: Kefahaman Mengenai Keutuhan Budaya Bahasa Kiasan, Korpus Melayu Silam, Dan Pembangunan Minda Baru Islam Kumpulan Kertas Kerja. Kuala Lumpur: Institusi Kefahaman Islam Malaysia.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2010). Kamus Pepatah, Bidalan dan Perumpamaan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Zanzali & Daud (2010). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih Yang Mengajar Mata Pelajaran Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Mohammad Musanif. (2010). Pengetahuan Makna Peribahasa dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal Linguistik Jilid 13 (Edisi Khas): 1-16
Aminuddin Mansor. (2018). Peribahasa Khazanah Falsafah Bangsa Melayu. Retrived 23 Mac 2019 from https://www.utusan.com.my /pendidikan/ sastera/ peribahasa-khazanah-falsafah-bangsa-melayu-1.673119
Alizah Lambri. (2015). Pelaksanaan Pengajaran Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Dalam Kursus Bahasa Melayu Di Sebuah Universiti Awam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Alis Puteh. (2008). Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah-Sekolah Luar Bandar: Satu Kajian di Kubang Pasu, Kedah. Universiti Utara Malaysia. Sintok, Kedah.
Arniza Mokhtar & Zamri Mahamod. (2018). Jenis-jenis Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Berdasarkan Tajuk Pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol 8 Bil 1 (Mei 2018) (22-32).
Azaruddin. (2015). Peribahasa dalam Pendidikan. Retrived 15 June 2019 from http://cikguazaruddin.blogspot.com/2015/03/peribahasa-dalam-pendidikan. html
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2003). Tesaurus Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Bezemer & Mavers. (2011). Multimodal Analysis: Key Issues. Research Methods in Linguistics. London: Continuum. Conners, J. L. (2010). Barack
Buntat & Ahamad (2012). Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Journal of Technical, Vocational &Engineering Education. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Bailey, C. A. (2007). A Guide to Qualitative Field Research: (Edisi ke-2). London: Pine Forge Pass.
Creswell, J.W. (2005). Planning Conducting and Evaluating Qualitative and Quantitative Research. Edisi Ke-2. Malaysia: Pearson Education Pte.Ltd.
Creswell,J.W. (2003) The Limits to Creativity in Research Design: Qualitative and Quantitative approaches. 2nd edition.Thousand Oaks:Sage Publication
Cummins, D.Marshall & A.S.Anderson (2009). Variations in Fresh Fruits and Vegetable Quality by Store Type,Urban-Rural Setting and Neighbourhood Deprivation in Scotland. Public Health Nutrition (12), (pp.2044-2050).
Craft, A. (2000). Creativity Across the Primary Curriculum: Framing and Developing Practice.London: Routledge.
Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tingkatan 2 (2016). Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Ena Bhattacharyya & Ameri Bin Mohd Sarip (2014). Learning Style and Its Impact in Higher Education and Human Capital Needs, Procedia Social and Behavioral Sciences, (123),485– 494.
Erva Suriyanti. (2015). Proses Pembelajaran dengan Pendekatan Kinestetik untuk Meningkatkan Penalaran dan Komunikasi Matematis Anak Autis. Indonesia: Universitas Tangpura
Effendy Ahmadi. (2004). Retorik peribahasa Melayu: Analisis skema dan trope. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu
Ensiklopedia Bahasa Melayu. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2021). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian (Edisi Ketiga). Universiti Malaya.Kuala Lumpur.
Gay & Airasian (2003). Education research. Competencies for Analysis and Applications, New Jersey.
Hasmidar Hassan & Jafizah Jaafar. (2016). Penginterpretasian Peribahasa dan Hubungannya Dengan Kemahiran Berfikir: Analisis Berdasarkan Teori Relevans. Jurnal Bahasa. Jilid,16(1), 94-119.
Haji Hassan. (2004). Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tesis Ijazah Sarjana Muda. Fakulti Sains Dan Teknologi. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hamdan & Mohd Yasin. (2010). Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru, Johor. Fakuti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Holland. (2002). Use of Partial Least Squares (PLS) in Strategic Management Research: a review of four recent studies. Strategic Management Journal 20(2), pp,195-204
Jewitt, C. (2014).The Routledge Handbook of Multimodal Analysis. London: Routledge
James Cook University. (2013). Visual, auditory and kinesthetic (VAK) learning style model. Retrived 19 Januari 2021 from JCU Workplace Educators Resource Package: http://www. jcu.edu.au /wiledpack/modules/fsl/JCU_090460.html
Johnson & Christensen. (2000). Educational Research. Quantitative and Qualitative Approaches. Boston: Allyn and Bacon
Jonathon Gonzales. (2014). The Effect of Kinesthetic Learning Strategies on the Engagement of Middle School Students. Graduate Programs in Education Goucher College
Jasmi & Mohd Hamzah. (2011). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Malaysia. Journal Of Islamic and Arabic Education.
Kamarul Azmi & Norhafizah (2013). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dalam Kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Universiti Teknologi Malaysia.
Kesavan Nallaluthan. (2021). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Online Journal for TVET Practitioners Vol. 6. No. 1. 15-24
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa Melayu Tingkatan 1. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Panduaan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah. Retrived 30 Julai 2021 from https://www. moe. gov. my/pekeliling/4086-v11-panduan-pelaksanaan-jadual- waktu-pdpr-edited-03022021/file
Kamus Dewan (Edisi Keempat) (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamarudin. (2014). Pedagogi Asas Pendidikan (Edisi Baharu). Tanjong Malim: Emiratus Publication.
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (Edisi Kedua). (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
La Ndia, Etin Solihatin & Zulfiati Syahrial. (2020). The Effect of Learning Models and Multiple Intelligences on Mathematics Achievement. International Journal of Instruction April 2020 Vol.13, No.2 (285-302)
Merriam. (2001). Qualitative Research and Case Study Application in Education,San Francisso:Jossey-Bass Pub.
Morrison. (2007). Designing Effective Instruction. Hoboken, NJ:Wiley Mathison (1988).Why Triangulate?.Educational Researcher,Vol.17(2).(pp40-49).
Musa & Mohamad. (2014). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Prosiding PTBS. Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.
Mohd.Khairuddin Abdullah. (2008). Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Konstruktivisme. Sabah: Penerbit Universiti Pendidikan Malaysia.
Mohd Ridzuan Nasir. (2019). Semantik Inkuisitif dan Penggabungjalinannya Dengan Pendidikan Melalui Kaedah Pengajaran Peribahasa Melayu. Sarawak: Universiti Malaysia Sarawak
Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md Nasir. (2019). Analisis Semantik Inkuisitif Peribahasa Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, Vol. 16, (No. 2), 227-253.
Mohd Ridzuan.(2017). Penguasaan Peribahasa dan Makna Menggunakan PISATUM: Satu Kajian Tindakan. Kuching: Universiti Malaysia Sarawak.
McMillan,J &Schumacher,S. (2006). Research in education: Evidence-based inquiry. Boston: Person Education Inc
Maclellan & Soden (2004). The importance of epistemic cognitive instudent-centered learning.Instructions Science, 32:253-268
Marriane Tang (2021). Analisis Kefahaman Makna Peribahasa dalam Kalangan Murid Berdasarkan Teori Relevans. Jurnal linguistic Vol.25 (1) Mei 2021 (001-020).
Merriam. (2009). Qualitative research and case study applications in Education: Dimuat Turun daripada case study research in education. San Francisco: Jossey- Bass Publishers.
Mohd Mahzan Awang, Noor Azam Abdul Rahman, Noraziah Mohd Amin & Abdul Razaq Ahmad. (2015). Mesej Perpaduan Dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5: Analisis terhadap peribahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.5, Bil.1, 44-52
Meor Ibrahim & Assadah Mohamad. (2011). Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar UTM. Journal of Education Psychology and Counceling. Vol 2 (Jun 2011) PP. 51-77
Musa & Mohamad. (2014). Keberkesanan Penggunaan Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Pelaksanaan Kursus Sains Kejuruteraan di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Di Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah. Prosiding PTBS. Politeknik Tuanku Sulatanah Bahiyah.
Meor Rahman. (2003). Gaya Pembelajaran dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar.Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Malakolunthu. (2001). Pengumpulan dan Analisis Data Kualitatif: Satu Imbasan. Dlm. Marohaini Yusoff (Ed.), Penyelidikan Kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Maziyah. (2018). Mereka bentuk Strategi Metakognitif Berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bacaan Bahasa Melayu. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Marohaini Yusoff. (2001). Penyelidikan kualitatif: Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill
Nur Faizah Matnoor & Rositah Yusof. (2011). Pengajaran Peribahasa Menggunakan Permainan Papan Putih Interaktif. Retrived 15 April 2019 from https://pdfslide.net/documents/pengajaran-peribahasa-menggunakan- permainan-p apan-putih-.html
Nor Ashikin. (2012). Pembangunan Laman Web Sains Pra Sekolah Berdasarkan Pendekatan Visual Dinamik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Norzuraina. (2015). Pendekatan Visual Untuk Meningkatkan Kreativiti Murid Cacat Pendengaran dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Norul Haida, Robe’ah, & Hidayah. (2016). Aplikasi Model VAK dalam Gaya Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu. Retrived 11 Ogos 2019 from https://pdfslide.net/documents/aplikasi-model-vak-dalam-gaya- pengajaran-dan-pembelajaran-.html
Nurdin Usman. (2002) Konteks Implementasi Berbasis Kurikulum, Bandung, CV Sinar Baru Naim Basir. (2019). Keberkesanan Strategi Berpusatkan bahan dalam PdPc Bahasa Melayu.Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim.
Norris. (2004). Analysing Multimodal Interaction: A Methodological Framework. London and New York, Routledge.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Pemugaran Penyelidikan Untuk Pemerkasaan Bahasa. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan. (2010). Remaja Malaysia dan Peribahasa Melayu.Jurnal Linguistik,10 (Edisi Khas), 158-172.
Oliver-Hoyo, Maria, & Allen, DeeDee. (2006). “The Use of Triangulation Methods in Qualitative Educational Research”. Journal of College Science Teaching, 35(4) pp.23-57.
Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd ed.). Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc.
Rini Lestari. 2012. Nyanyian Sebagai Metode Pendidikan Karakter Pada Anak. Prosiding Seminar Nasional Psikologi Islami. Surakarta.131-136.
Rodiah Mohd Jan dalam Artikel Meor. (2018,14 Mac). Guru Perlu Berubah Mengikut Peredaran Zaman. Retrived 16 Jun 2021 from https://www.bharian. com.my/berita/pendidikan/2018/03/399368/guru-perlu-berubah-mengikut- peredaran-zaman
Sarimah. (2014). Pembelajaran Peribahasa Melalui Aplikasi Aurasma. Retrived from https://pdfslide.tips/documents/pembelajaran-peribahasa-melalui-aplikasi- aurasma-ilmu-latihan-buku-teks.html
Shahabuddin Hashim et.al. (2004). Pedagogi, Strategi dan Metode Mengajar Dengan Berkesan. Bentong: PTS Publishing & Distributor Sdn Bhd.
Siti Fadhilah (2013). Pembelajaran Peribahasa Melalui Penggunaan Teknik Penceritaan dan Perisian ComicLife. Retrived from https://pdfslide.net/documents/pembelajaran-peribahasa-melalui-penggunaan- teknik-penceritaan-.html
Shukor. (2012). Kepentingan-kepentingan Penggunaan Peribahasa dalam Komunikasi Harian oleh Kalangan Pelajar. Retrived http://shukormohd.Blogspot.Com/2012/11/kepentingan-kepentingan- penggunaan. Html
Shunk (2004). Achievement motivation in acedamic. Encyclopedia of Applied Psychology,1: 35-40
Siti Raihanni. (2014). Kajian Pengajaran: Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran Jenis-jenis Ayat. Pusat Bahasa Melayu Singapura
Siti Fadhilah. (2013). Pembelajaran Peribahasa Melalui Penggunaan Teknik Penceritaan dan Perisian ComicLife. Dimuat turun daripada https://pdfslide \.net/documents/pembelajaran-peribahasa-melalui-penggunaan-teknik- penceritaan-.html
Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. (2016). Pengajaran Berasaskan Video dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Analisis dan Kajian Kritikal. Journal of ICT in Education (JICTIE) ISSN 2289-7844 (Vol-3) pp. 24-33
Siti Uraidah (2017). Kajian Kualitatif dan Analisis Temu Bual. Aras Publisher. Kuala Lumpur Malaysia.
Siti Zulaikha Salleh. (2012). Modul BBP 10303: Teknologi Pendidikan
Tenas Effendy. (2003). Seminar Peribahasa Menjana Minda kertas kerja ‘Peribahasa Cerminan Akal Budi Melayu’. Hotel Pan Pacific: Kuala Lumpur
Taylor & Bogdan. (2015). Introduction to qualitative re-search methods: A guidebook and resource. John Wiley & Sons.
Wan Faizal Ismayatim & Suzianah Jiffar. (2016, Mei 16). Bersedia Hadapi Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21. Berita Harian Online. Retrived 31 Oktober, 2018, from https://www.bharian.com.my/node/154117
Wan Hanim. (2015). Kesan Kaedah Pembelajaran Visual Dalam Usaha Meningkatkan Kefahaman Pelajar Bagi Subjek Matematik II. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Yahya Othman & Roslan Baki. (2014) Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu. Retrived 17 Mac 2013 from http://yahyaothman.blogspot.com/2012/02/ penyerapan\-dalam-pengajaran-bahasa.Html
Zulkifli Osman. (2012). Pembangunan Modul Pengajaran Bahasa Melayu Secara Bersepadu.Thesis PhD. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Zamri Mahamod. 2004. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah. Tesis Dr. Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Zamri. (2017). Meneroka Kaedah Pengajaran Guru Cemerlang Bahasa Melayu Negeri Sarawak: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol 7(1),93-108
Zamri Mahamod. (2015). Strategi pembelajaran: Inventori cara belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zamri Mahamod. (2016). Sosiolinguistik dan Pengajaran Bahasa. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zanariah Abdol. (2016). Peribahasa WATAFA Edisi Keempat. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Zaitul Azma & Ahmad Fuad. (2010). Penelitian Makna dan Nilai. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Za’ba, Zainal Abidin Ahmad (1965). Ilmu mengarang Melayu. Ulang cetak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zain. 2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn.Bhd.
Zaitul Azma & Zainon Hamzah. (2011). Bahasa dan Pemikiran dalarn Peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume (3), 3 l-50.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |