UPSI Digital Repository (UDRep)

Pelaksanaan garis panduan International Federation of Library Association, UNESCO ke atas pengurusan pusat sumber sekolah menengah di Sabah

AVAILABLE Thesis 3096 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pelaksanaan garis panduan International Federation of Library Association, UNESCO ke atas pengurusan pusat sumber sekolah menengah di Sabah
Type
Thesis
Main Author
Ismail Husin
Subject
Z665 Library Science. Information Science
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti garis panduan International Federation of Library Association (IFLA) / UNESCO dilaksanakan ke atas pengurusan pusat sumber sekolah menengah di Sabah. Reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif yang dilaksanakan secara kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik, temu bual, pemerhatian dan semakan dokumen. Seramai 312 orang responden dipilih sebagai sampel kajian iaitu terdiri daripada guru-guru yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa pengurusan pusat sumber sekolah. Instrumen kajian dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai manakala bagi mengenalpasti perhubungan antara kemahiran khusus berkaitan pusat sumber sekolah, pengalaman perkhidmatan dan pengalaman mengurus ujian korelasi pearson r digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa garis panduan International Federation of Library Association (IFLA) / UNESCO dilaksanakan secara positif ke atas pengurusan pusat sumber sekolah menengah di Sabah, terutama bagi aspek personal, kemudahan fizikal, pembangunan koleksi, program dan aktiviti serta pengurusan kewangan yang mencapai min yang tinggi. Walau bagaimanapun , dapatan bagi aspek teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan menunjukkan perbezaan min yang sederhana dalam pelaksanaannya ke atas pengurusan pusat sumber. Pelaksanaan garis panduan International Federation Library of Association / UNESCO memberi kesan ke atas pengurusan pusat sumber sekolah menengah bagi mewujudkan satu bentuk keseragaman, kawalan, piawaian, dasar yang selaras dengan matlamat organisasi bagi mewujudkan pengurusan pusat sumber sekolah yang cemerlang menjelang Wawasan 2020 dan abad ke-21.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.