UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QH Natural history
Main Author :Kannan Rajagopal
Title :Membina dan menilai modul bioaction bagi pengendalian aktiviti amali mata pelajaran Biologi tingkatan empat (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Bioaction berorientasikan Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan Model Inkuiri, IDEAL dan Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sebuah sekolah daerah Cameron Highlands. Modul Bioaction yang dibina mengandungi manual eksperimen pelajar, manual guru, borang senarai semak penilaian keupayaan pelajar mengendalikan aktiviti amali, dua set kertas soalan penilaian dan skema jawapan. Bagi menilai modul ini, sebanyak tiga eksperimen telah dipilih berdasarkan sukatan pelajaran Biologi Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap eksperimen melibatkan lima elemen iaitu keupayaan merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data serta membuat kesimpulan, dan mengaplikasi eksperimen dengan topik pembelajaran. Kesemua elemen ini telah dinilai berdasarkan skrip jawapan pelajar kecuali elemen menjalankan eksperimen yang dinilai secara langsung dan menggunakan rakaman video berpandukan borang senarai semak. Hasil kajian mendapati bahawa Modul Bioaction berupaya membimbing dan menilai keupayaan mengendalikan aktiviti amali. Kajian juga mendapati tahap keupayaan mengendalikan aktiviti amali mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian mata pelajaran Biologi. Keupayaan merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data serta membuat kesimpulan, dan mengaplikasi eksperimen saling berhubungan dengan keupayaan mengendalikan aktiviti amali. Kesimpulannya, tahap keupayaan mengendalikan aktiviti amali mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Implikasinya, Modul Bioaction ini mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik serta berpusatkan pelajar bagi mata pelajaran Biologi. Modul ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam aktiviti amali mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat memandangkan manual pelajar yang disediakan mengandungi cadangan yang teratur untuk mengendalikan eksperimen serta contoh-contoh konkrit pembelajaran aktif berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan. Bahan dalam Modul Bioaction ini juga sangat fleksibel serta boleh diubahsuai.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)