UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Gunasekaran Kuppusamy
Title :Unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epic Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2020
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epik Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia. Etnografi sejarah merupakan satu cabang dalam bidang antropologi yang mengkaji asal-usul sesebuah suku kaum berdasarkan ciri-ciri khusus yang dikaji untuk dijadikan sebagai sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang. Oleh kerana, epik Silapathikaram merupakan dalam bentuk kesusasteraan penyelidik menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis kandungan dalam epik tersebut untuk memungut data kajian. Pengkaji telah melakukan kajian lapangan dengan mengambil gambar dan artifak untuk mengumpul data mengenai cara hidup masyarakat India di Malaysia terhadap Tuhan. Epik Silapathikaram yang dikaryakan oleh Ilanggovadigal pada kurun 2 masihi iaitu pada Zaman Sangam. Epik ini mengambarkan gaya hidup masyarakat pada zaman purba. Walaupun terdapat banyak epik dalam kesusasteraan Tamil unsur ketuhanan yang terdapat dalam epik ini kurang dikaji oleh para penyelidik. Bakthavatsala Barathi merupakan seorang pakar dalam bidang antropologi menyifatkan terdapat unsur Etnografi yang mengaji tentang gaya hidup suku kaum dalam epik ini. Bakthavatsala Barathi menyifatkan terdapat 52 ciri boleh digunakan untuk mengkaji asal-usul suku kaum. Berdasarkan model Bakthavatsala Barathi, lima aspek ini dianggap penting iaitu jenis tuhan, kepercayaan, agama, sambutan, cara penyembahan boleh dikategorikan di bawah aspek yang menerangkan ketuhanan. Analisis epik Silapathikaram dijalankan dengan menggunakan model Bakthavatsala Barathi yang mengkaji 5 unsur ketuhanan sahaja, iaitu jenis tuhan, cara penyembahan tuhan, agama, kepercayaan, sambutan terhadap tuhan yang diambil daripada 52 ciri-ciri tersebut. Dapatan kajian menunjukkan masyarakat Tamil yang digambarkan dalam epik Silappathikaram menyembah pelbagai Tuhan; mengikuti pelbagai cara untuk penyembahan terhadap Tuhan; mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Tuhan; menyambut pelbagai sambutan dan menganuti pelbagai agama. Unsurunsur ketuhanan dalam epik tersebut juga mempunyai persamaan dalam cara hidup masyarakat India di Malaysia terhadap Tuhan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa unsur-unsur ketuhanan, kepercayaan, cara penyembahan, agama dalam epik kuno Silapathikaram adalah sama dengan kepercayaan dan ibadat kaum India di Malaysia. Implikasinya, epik Silapthikaram boleh dijadikan rujukan dalam menguatkan kepercayaan dan amalan keagamaan untuk kaum India di Malaysia.

References

Alagesh, T.N. (2017). Pongal: Celebrating bounty and prosperity. https://www.nst.com.my/news/2017/01/204320/pongal-celebrating-bounty­and-prosperity 

Chua. Y.P. (2006). Kaedah penyelidikan. McGrawHill Education. 

Cresswell, J.W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five  traditions. Thousand Oaks: Sage Publications. 

James N Anderson. (2018). The Laws of Nature and of Nature’s God: The Theological Foundations of Modern Science. https://journal.rts.edu/article/the­laws-of-nature-and-of-natures-god-the-theological-foundations-of-modern­science/ 

Manimaran S. (1995). Agama dan Kepercayaan di Kalangan Penganut Hindu: Satu Kajian di Daerah Kuala Selangor. Dissertation (M.A.) Faculty of arts and Social Sciences. University of Malaya. 

Manimaran, S. (2008). Hindu Temple Architecture and Sculptures. Kuala Lumpur : University Malaya Press. 

Parvathi, V. (2013). Kajian tentang nilai perkembangan diri, kekeluargaan dan demokrasi. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. 

Rajoo, R., (1975). Patterns of Hindu religious beliefs and practices among the people of Tamil origin in West Malaysia. Dissertation (M.A.) Faculty of arts and Social Sciences. University of Malaya. 

Ranjit Kumar. (2011). Research Methodology. London : Sage. 

Saraswathi, O. (2008). Fine arts in the epic silappathikaram. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. 

Uma Marina Vesci (1992). Heat and Sacrifice in the Vedas. Motilal Banarsidass Publishers. 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)